Sejak akhir-akhir ini gelaran ‘Datuk’ mula menjadi pertikaian orang ramai. Sehinggakan ada netizen mengambil ‘inisiatif’ mencipta beberapa akaun media sosial khas untuk ‘mendedahkan’ status sebenar gelaran yang diterima oleh individu-individu ternama di negara ini, lebih-lebih lagi melibat personaliti artis.

Satu video yang dikongsikan semula oleh akaun Facebook Maulana De Bruyne menunjukkan rangkuman video daripada TikTok di mana ada netizen mencari nama-nama individu terkenal di Malaysia dalam laman istiadat istana bagi membuktikan gelaran ‘Datuk’ yang mereka gunakan adalah asli.

Baca Juga:

Dalam senarai-senarai nama yang dicari, ada beberapa nama individu terkenal yang terdiri daripada artis dan juga influencer media sosial tidak tersenarai dalam laman web berkenaan.

Perkongsian video itu mendapat ‘sokongan’ daripada netizen yang mendakwa hanya gelaran ‘Datuk’ yang sebenar sahaja tersenarai dalam laman web tersebut.

Sebaliknya jika gelaran itu ‘Datuk Jadian’, automatik nama tersebut tidak tersenarai dalam laman web berkenaan.

Tambah netizen lagi, mereka mendakwa hanya individu yang menerima gelaran daripada beberapa negeri sahaja dianggap ‘berkualiti’ dan menganggap ada beberapa gelaran ‘Datuk’ dari beberapa negeri boleh dibeli dengan wang ringgit.

Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook
Sumber Gambar: Facebook

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian semula video itu telah mendapat lebih 2,400 komen, 11.3k tanda likes, hampir 5,000 share dan 1 juta tontonan.

Terdahulu, isu gelaran didakwa palsu dibangkitkan netizen terhadap ahli perniagaan popular yang juga suami kepada seorang penyanyi.

Sejak orang ramai mula mengetahui mengenai laman web semakan darjah kebesaran tersebut, semakin ramai netizen mula meluangkan masa untuk mencari ‘kebenaran’ di sebalik individu mempunyai gelaran ‘Datuk’.

Sumber