Kecoh pada minggu lalu apabila suami kepada Uqasha Senrose, Kamal Adli dilaporkan telah cedera parah pada bahagian kepala di Singapura berikutan dipukul oleh seorang individu.
Ujian yang menimpa keluarga mereka ini menjadi lebih parah apabila muncul seorang wanita yang mendakwa apa yang berlaku kepada Uqasha Senrose merupakan karma.
Baca Juga:
- ‘Saya Tak Pernah Buli Orang Di Sekolah’ – Uqasha Senrose Kesal Difitnah Wanita Mengaku ‘Ex-Classmate’
- ‘Jangan Tertipu Dengan Air Mata Dia’ – Individu Dakwa Uqasha Senrose Pembuli Ketika Zaman Sekolah
Hal ini kerana perlakuan yang dibuat pelakon itu sewaktu sekolah di mana beliau mendakwa pernah dibuli oleh Uqasha Senrose sehingga mengalami masalah trauma sehingga kini.
https://twitter.com/ImZawani/status/1635406321070780418?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1635406321070780418%7Ctwgr%5Ecae9a1d762c66e4c28cdd17f78a6ed5241fe164b%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fsaya-tak-pernah-buli-orang-di-sekolah-uqasha-senrose-kesal-difitnah-wanita-mengaku-ex-classmate%2F
Situasi yang berlaku secara tidak langsung telah mendapat perhatian netizen serta rakan Uqasha Senrose sendiri yang menafikan situasi yang berlaku. Malah, terdapat dakwaan yang memaklumkan Uqasha Senrose yang berpindah sekolah dan bukannya wanita tersebut.
Terbaharu, kurang lebih seminggu drama berlaku, wanita dengan nama Twitter ini memaklumkan memilih untuk berdamai dengan Uqasha Senrose kerana percaya pelakon itu mungkin sudah berubah seiring dengan waktu. Beliau juga mahu bukti Uqasha Senrose bukan lagi kaki buli sewaktu suatu ketika dahulu seperti yang didakwa.
Eh tiba nk berbaik tp still cakap sy pembuli ..? pic.twitter.com/ejn85LuqzY
— uqasha senrose (@Uqashasen) March 18, 2023
Sementara itu, Uqasha Senrose menerusi laman Twitter memaklumkan wanita ini telah membuang beberapa tweet yang sebelum ini dilemparkan kepada beliau sekaligus menjadi tanda tanya kepada orang ramai.
banyak tau tweet dia dah delete … bg bukit nnti ya . konon amik pmr dkt hospital sbb lupus stress tp tweet tu dia kena lupus tu umur 23thn .. bukti yg dia amik spm dkt sekolah tu pun adaaaa … sekolah tu ada semua record jangan risau🙏🏻
— uqasha senrose (@Uqashasen) March 18, 2023
Berdasarkan tinjauan, rata-rata netizen turut hairan dengan insiden yang berlaku melibatkan seorang wanita bersama pelakon selepas didakwa pernah dibuli sekitar 15 tahun dahulu di sebuah sekolah di Subang Jaya.