Kecoh sejak beberapa hari lalu apabila digemparkan dengan kes yang menimpa pelakon lelaki, Kamal Adli sehingga cedera parah di mana beliau telah diserang oleh seorang individu yang didakwa mengalami masalah mental.
Insiden yang berlaku telah mengejutkan orang ramai termasuk isterinya sendiri, Uqasha Senrose yang tampil dengan sebuah video meluahkan situasi yang berlaku.
Baca Juga:
- ‘Saya Tak Pernah Buli Orang Di Sekolah’ – Uqasha Senrose Kesal Difitnah Wanita Mengaku ‘Ex-Classmate’
- ‘Jangan Tertipu Dengan Air Mata Dia’ – Individu Dakwa Uqasha Senrose Pembuli Ketika Zaman Sekolah
https://twitter.com/ImZawani/status/1635406321070780418
Belum sempat isu yang menimpa Kamal Adli di Singapura ini reda, tular pula di Twitter di mana seorang wanita tampil mendakwa tangisan Uqasha Senrose dalam video yang dikongsikan adalah palsu semata-mata.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut memaklumkan apa yang terjadi kepada Uqasha Senrose mungkin ‘karma’ kepada tindakan Uqasha Senrose sewaktu zaman persekolahan dahulu di mana beliau telah menjadi mangsa buli kepada pelakon tersebut.
Mendakwa dirinya mengalami masalah mental dan trauma ekoran pernah dibuli Uqasha Senrose, luahan yang dibuat telah mendapat perhatian ramai individu termasuk
Menurut wanita berkenaan, kejadian itu berlaku pada 15 tahun lalu di mana dia telah dibuli sehingga trauma dan terpaksa bertukar ke sekolah lain untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Perkongsian wanita tersebut telah mendapat ramai termasuk Uqasha Senrose sendiri yang mempersoalkan tujuan wanita ini mengeruhkan keadaan di kala beliau serabut dengan kejadiam yang menimpa Kamal Adli.
Allahukhabar Masyallah Subahnallah . lepas apa jadi yg sgt besar pada sy dan suami , ada pula yg cakap sy n fitnah sy sebagai pembuli .. dengan satu gambar tu saya dah dicop sebagai pembuli .. siapa yang tengah buli mental siapa ni .. dan gambar tu siapa yg ceria ?
— uqasha senrose (@Uqashasen) March 16, 2023
Bukan itu sahaja, Uqasha Senrose dilihat turut membuat TikTok Live dalam menjelaskan isu yang berlaku di mana beliau mengakui tidak pernah membuli sesiapa sewaktu di sekolah.
Malah, beliau menafikan dakwaan wanita tersebut yang mengatakan terpaksa berpindah sekolah gara-gara dibuli. Sebaliknya, Uqasha Senrose memaklumkan beliau yang berpindah sekolah sewaktu di Tingkatan 4.
https://www.tiktok.com/@yuyuenlee/video/7211135572637764891?q=yuyuenlee&t=1679018795453
Perkongsian yang dibuat telah mendapat pelbagai respon di kalangan netizen yang menyokong dakwaan yang dibuat Uqasha Senrose. Bukan itu sahaja, terdapat sahabat Uqasha Senrose yang tampil memaklumkan rakannya bukanlah seorang pembuli.
sy yang pindah sekolah form 5 . haihj tapi dia cakap dia yang pindah .. Allahualam pic.twitter.com/R8JfIBWp4V
— uqasha senrose (@Uqashasen) March 16, 2023
Dalam usaha untuk menepis dakwaan yang dibuat, Uqasha Senrose dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan berbaur fitnah oleh seorang wanita yang mengaku kononnya dia menjadi mangsa buli sejak zaman sekolah.