Kira-kira jam 10 malam tadi, Sempadan Malaysia-Thailand digegarkan dengan beberapa siri letupan bom dan juga kedengaran kejadian berbalas tembakan dipercayai berlaku di Pekan Tak Bai, Narathiwat.
Menurut laporan, bunyi bom dan tembakan itu jelas kedengaran dari arah Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang terletak lebih kurang 400 meter seberang Pekan Tak Bai.
Lantaran itu, orang ramai dilihat telah merakam kejadian yang menunjukkan situasi tegang di Tak Bai dengan api marak dan beberapa lelaki bertindak melepaskan tembakan.
https://twitter.com/Haziq_Escobar/status/1529480603812642820
A police station in Tak Bai, Naratiwat Province in Thailand's deep south was attacked late on Wednesday night. The assailants opened fire and threw grenades. At least three officers were injured #ไฟใต้ #ตากใบ pic.twitter.com/FZBCGvRDRS
— James Buchanan จิมมี่ (@JBuchananBKK) May 25, 2022
https://twitter.com/nnizbno/status/1529488990482464768
Kejadian tersebut telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali mereka yang tinggal berdekatan dengan Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Bukan itu sahaja, para netizen turut menzahirkan kebimbangan dengan situasi tegang tersebut.
Malah, mereka yang berada berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand dilihat berjaga malam kerana bimbang dengan bunyi tembakan yang kedengaran. Rata-rata netizen juga berharap situasi tegang itu akan segera berakhir.
Sebagai warga tumpat, akuuu kecut perut 😭 kunci pintu tingkap pastu check byk kali. Risau ada yg lari 😂 sedangkan pengkalan kubor nak mai sini ada laa 18-20km. https://t.co/955CJEmVvE
— Athirah Aiman (@annisaathirahh) May 25, 2022
https://twitter.com/aaishachan/status/1529514143602159617
Bengong la diorang ni , orang bertembak tembak korang usya dekat dekat , kena peluru sesat apa pun tak dapat https://t.co/jHuuDvkJMJ
— naimbangm (@naimbangm) May 25, 2022
Setakat ini, tiada maklumat yang diterima berhubung kejadian tersebut. Walau bagaimanapun, sumber pasukan keselamatan Thailand mengesahkan kejadian tembakan dam bom di Pekan Tak Bai.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Berpunca Daripada Bebanan Hutang, Lebih 280,000 Rakyat Malaysia Disahkan Bankrap Setakat Mac 2022
‘Selesa Macam Naik Kapal Terbang’ – Netizen Terpegun Dengan Fasiliti Bas Ekspres ‘Kayangan’ Ini