Jurulatih pasukan bola sepak remaja, Ekkapol Chantawong yang sebelum ini mendapat perhatian dunia selepas terperangkap hampir tiga minggu dalam Gua Tham Luang bersama 13 pemain skuad Wild Boars kira-kira enam tahun lalu, sekali lagi terpaksa berdepan detik sukar dalam hidupnya.

Hal ini kerana Taufan Yagi yang melanda Utara Thailand, Vietnam, Laos dan Vietnam telah mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh di perkampungan Ekkapol.

Baca Juga:

Bencana alam tersebut juga menyaksikan Ekkapol, teman wanita dan makciknya tidak sempat untuk melarikan diri keluar daripada kawasan itu dan terpaksa berlindung di atas bumbung rumah mereka sahaja.

Perkembangan terkini itu disahkan oleh The Guardian dimana Ekkapol mengakui pengalamannya terperangkap di gua pada 2018 sedikit sebanyak membantunya pada kali ini.

“Saya sangat takut dengan apa yang terjadi tetapi saya bercakap kepada diri saya sendiri supaya tenang. Menunggu dan menilai keadaan di sini.”

“Saya tidak fikir ia berbeza (situasi ketika di Gua Tham Luang). Pertamanya kami perlu untuk fokus dan mula menyelesaikan masalah yang kami sedang hadapi.”

“Saya tidak berasa tertekan kerana terperangkap. Saya nampak lebih banyak jalan keluar,” ujar Ekkapol menurut sumber laporan The Guardian.

Sebaik sahaja air beransur surut, Ekkapol sudah dapat turun ke tingkat bawah rumahnya tetapi mereka masih tidak boleh untuk keluar menyelamatkan diri kerana arus air banjir masih terlalu deras.

 

 

Sumber