Terletak di Kepulauan Borneo, negara Brunei mungkin bukan destinasi yang menjadi tumpuan pelancong walaupun terkenal sebagai negara yang mewah dan kaya dengan minyak sehingga disenaraikan di dalam majalah Forbes sebagai negara ke-5 terkaya daripada 182 buah negara yang lain.

Susulan perjalanan saya menerokai Miri, Sarawak, maka saya telah berkesempatan untuk turut mengunjungi Brunei. Saya telah ke Brunei untuk ‘day trip’ dan kali ini saya memilih untuk menaiki kereta menerokai negara tersebut.

Baca Juga:

@mimieyuzi

Dari Miri ke Brunei. #brunei #miri #sarawak #roadtrip #fyp #foryoupage #travel #mimietravel #jalanjalnmakanangin #tempatmenarikbrunei #placetogo #trend #viral #healing #kampungair

♬ Vacation – Freddy Kalas

Untuk pengetahuan anda, dari Miri perlu melalui sempadan Sungai Tujuh untuk masuk ke Brunei. Perjalanan dari Miri ke Bandar Seri Begawan mengambil masa hampir 2 jam 15 minit.

Maka, saya akan kongsikan kepada anda beberapa destinasi yang sempat saya singgah untuk perjalanan santai saya ke Brunei. Jom baca perkongsian saya.

1. Kampong Ayer

Sumber: TRVLGUIDE

Kampong Ayer merupakan kawasan penempatan awal di Brunei yang bermula sejak sekitar 1300 tahun yang lalu. Di sini, anda dapat melihat rumah-rumah yang dibina di atas air, satu pemandangan yang agak unik untuk disaksikan.

Malah, anda juga boleh singgah ke muzium Kampong Ayer untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah di tempat ini dan anda juga boleh naik ke lighthouse untuk lihat keseluruhan Kampong Ayer.

2. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin

Sumber: Tripadvisor

Masjid Omar Ali Saifuddien yang dikenali sebagai mercu tanda Brunei ini merupakan masjid yang diiktiraf sebagai masjid terunik di Asia Pasifik.

Masjid ini telah dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu senibina moden islam dengan gabungan seni Mughal dan melayu.

3. Istana Nurul Iman

Sumber: Tripadvisor

Istana Nurul Iman merupakan sebuah istana yang sangat besar, malah dikatakan Istana Nurul Iman antara istana terbesar dan termewah di dunia.

Pada hari kebiasaan, anda hanya boleh melawat sehingga ke pintu pagar utama dan hanya melihat istana dari luar tetapi pada sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri selalunya sultan mengadakan acara rumah terbuka dan junjung ziarah di Istana Nurul Iman dan masa inilah pelawat dibenarkan untuk masuk ke dalam istana.

4. Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah

Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah ini turut dikenali sebagai Masjid Emas. Keistimewaan masjid ini kerana setiap kubah diperbuat daripada emas 29 karat.

5. The Mall Gadong

Kompleks membeli belah paling popular di kalangan rakyat Brunei dan terbesar di sana menempatkan restoran, food court dan kedai kegemaran ramai dibuka sejak tahun 2006.

Apa yang boleh saya katakan selepas ke Brunei, saya merasakan negara ini agak tenang. Jika anda mahu menaiki pengangkutan awam di sini agak sukar kerana perkhidmatan tersebut tidak banyak seperti di negara kita.

Sebenarnya banyak lagi destinasi menarik boleh dikunjungi tetapi ini adalah destinasi yang sempat saya kunjungi dalam masa beberapa jam kerana mahu mengejar sunset di Miri.