Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nairobi, TYT Ruzaimi Mohamad menyatakan tanaman kenaf yang banyak diusahakan di Perlis dan utara Semenanjung Malaysia dikenal pasti mempunyai potensi besar untuk diperluaskan ke Kenya.

Kenyataan tersebut dibuat semasa lawatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi, bersempena misi ‘Safar Ilmi MAIPs 2025’ ke negara Afrika Timur tersebut.

Baca Juga:

Memetik Suara Merdeka, TYT Ruzaimi berkata kenaf adalah tanaman tahan lasak dan rendah keperluan air. Seklaigus menjadikannya sesuai ditanam di kawasan separa gersang seperti Kenya yang menerima hujan tahunan pada kadar rendah.

Berpotensi Besar, Bagaimana Tanaman Kenaf Dari Perlis Dapat Bantu Ekonomi Kenya?
Sumber Gambar: Suara Merdeka

“Malaysia, khususnya Perlis, merupakan antara pengeluar utama anak benih kenaf. Tanaman ini mempunyai pelbagai kegunaan – bukan sahaja sebagai tanaman penutup bumi, malah berpotensi besar dalam sektor industri dan pertanian,” ujar beliau.

Lawatan itu juga memperkenalkan produk hiliran kenaf, cendawan sisir yang ditanam menggunakan bongkah kayu kenaf oleh syarikat Ecospora Utara yang beroperasi di Pusat Industri Kenaf, Chuping, Perlis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim memaklumkan, MAIPs bersama Ecospora dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Perlis sedang meneliti pelaksanaan projek ekonomi asnaf menerusi penanaman kenaf dan aktiviti hiliran di kawasan Batu Bertangkup.

Sumber