Pada awal minggu ini, tular kisah Kieda Crepe bercerita rumahnya dipecah masuk dan peti besi yang menyimpan barangan kemas bernilai RM800,000 telah dibawa lari.

Menerusi kemas kini terbaharu, empat sekawan ditahan polis bagi siasatan kes kecurian barang kemas dari rumah berkenaan, lapor Berita Harian.

Baca Juga:

Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 27 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Zulkeflee Sulaiman, berkata keempat-empat suspek sebelum itu menghadiri perbicaraan kes pecah rumah yang dihadapi mereka.

“Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke Mahkamah Butterworth untuk direman bagi membantu siasatan kes pempengaruh media sosial.

“Mahkamah membenarkan polis menahan reman kesemua suspek selama enam hari bermula hari ini hingga Selasa,” katanya yang turut memaklumkan polis membuat rampasan barang kemas bernilai puluhan ribu ringgit terhadap suspek.

Memetik laporan Berita Harian lagi, polis merampas barangan kemas bernilai RM40,000 dipercayai milik usahawan tersebut selepas sebahagian besarnya sudah dijual.

Zulkeflee berkata pihak polis akan memanggil Kieda untuk membuat pengecaman barang kemas yang dirampas terbabit.

“Selain itu, dengan tangkapan empat suspek ini kita percaya berjaya selesaikan kes pecah masuk dan larikan barang kemas usahawan (Kieda) itu,” katanya.

Terdahulu, selepas 40 hari rumahnya dipecah masuk barulah Kieda Crepe mempunyai kekuatan untuk membuka mulut menerusi media sosial menceritakan insiden rumahnya dipecah masuk dan barangan kemas dibawa lari.

Beliau turut menawarkan ganjaran buat siapa-siapa yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut.

Sumber