Ibu kepada Syamsul Yusoff, Datin Patimah Ismail sekali lagi menyatakan sokongannya kepada bekas menantunya, Puteri Sarah.

Datin Patimah bersama dengan suaminya, Yusoff Haslam baru baru ini meluangkan masa bersama dengan bekas besannya dan juga bersama dengan cucu cucunya.

Baca Juga:

Dan beliau menyatakan bahawa dirinya sentiasa sayangkan Puteri Sarah kerana dia seorang menantu yang baik. Malangnya rumah tangga menantunya itu hancur kerana penyondol yang kejam.

Datin Patimah menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak menyokong tindakan anaknya Syamsul Yusoff yang bernikah di Thailand sebelum ini. Yang menjadi punca kepada keretakan rumah tangga mereka.

Namun itu bukan bermakna Datin Patimah tidak sayangkan anak lelakinya. Cuma terkilan apabila ada orang ketiga yang merampas kebahagian menantunya.

Di Instagram miliknya, Datin Patimah berkata: “Assallam, tidak sokong anak bukan bermakna tidak sayang.

“Kasih sayang kami kepada Puteri Sarah adalah kerana dia menantu yang menjaga anak-anaknya dengan baik sepanjang bersama Syamsul.

“Namun kebahagiaannya digugat oleh penyondol kejam.”

Netizen rata rata kagum dengan Datin Patimah yang menurut mereka tidak memenangkan anaknya dalam hal itu. Dan berterusan menyatakan kasih sayangnya kepada Puteri Sarah sambil menjaga hubungan baik dengan bekas besannya.

Puteri Sarah sempat menyatakan rasa kasih dan sayangnya kepada kedua dua Datuk Yusoff Haslam dan Datin Patimah di ruangan komen.

Sebelum ini Datuk Yusoff Haslam sendiri pernah mendoakan agar Puteri Sarah akan mendapat jodoh yang baik selepas ini.