Kita baru sahaja dikejutkan dengan pengumuman Datuk Lee Chong Wei akan bersara daripada dunia sukan badminton. Ini pastinya satu berita yang menyedihkan buat rakyat Malaysia tetapi kita harus menerima keputusan yang dibuat oleh Datuk Lee Chong Wei.

Untuk pengetahuan anda, Datuk Lee Chong Wei mengambil keputusan untuk bersara berikutan masalah kesihatan atas nasihat doktor dan perbincangan dengan KBS dan BAM.

https://twitter.com/Haziq_Escobar/status/1139027149560541185

Malah, beliau sudah tidak menjalani latihan dari April yang lalu kerana menjalani rawatan susulan kanser hidung yang dihidapinya di Taiwan. Setelah 19 tahun beliau berbakti kepada negara, ini adalah masanya beliau bersara dan meluangkan masa bersama keluarga. Terima Kasih Datuk Lee Chong Wei atas jasa-jasa anda selama ini.