Ketua jurulatih Persis Solo, Datuk Ong Kim Swee berkongsi perbezaan antara Liga Malaysia dan Liga 1 Indonesia.
Kim Swee bakal memasuki tempoh enam bulan bersama Persis dan kelab itu berjaya menjarakkan diri daripada zon penyingkiran sejak bekas pengendali skuad kebangsaan mengambil alih tugas.
Baca Juga:
- ‘Unbeaten’ Dalam 6 Perlawanan, Persis Solo Jauhi Zon Penyingkiran
- 4 Pemain Malaysia Berpotensi Bantu Persis Solo ‘Success’ Di Liga 1
- Bergelut Di Liga 1, Ong Kim Swee Mahu Persis Rekrut Pemain Baharu

Beza Liga Malaysia Dan Indonesia Menurut Datuk Ong Kim Swee
Menurut bekas pengendali Sabah itu, perbezaan ketara menurutnya ialah saingan Liga Indonesia lebih kompetitif berbanding Liga Malaysia.
“Jika dilihat perbandingan antara Liga Malaysia dan Liga Indonesia, tidak banyak perbezaan. Tetapi di Indonesia terdapat banyak pasukan yang bermain dalam pertandingan teratas dengan 18 pasukan.
“Apabila saya datang ke Persis, keadaan tidak begitu baik. Ini memberi saya lebih banyak cabaran. Apa yang saya lihat sepanjang saya di Persis, kami boleh meningkat sedikit demi sedikit, dan untuk mendapat keputusan baik dalam liga untuk 15 atau 16 perlawanan sebelum ini.

“Ini membuktikan bahawa ia bukan kerja mudah. Setiap perlawanan, sama ada bermain dengan pasukan yang berada di kedudukan teratas atau bawah dalam kedudukan, mereka boleh bersaing dengan pasukan teratas sekalipun,” katanya.
Datuk Ong Kim Swee sendiri masih mempunyai tugas yang cukup berat iaitu mengekalkan Persis Solo dalam Liga 1 musim hadapan.
Laskar Sambernyawa ketika ini tidak berada dalam kedudukan selamat kerana hanya empat mata di hadapan Barito Putera yang berada di kedudukan ke-16.