Datuk Red berjanji akan melangsaikan semua hutang beliau kira kira RM7 juta dalam masa 5 tahun.

Oleh itu Datuk Red telah melantik peguam untuk membantunya menguruskan hutang piutang yang ditanggungnya ketika ini.

Baca Juga:

Menurut Datuk Red, ketika ini Datuk Red berhutang dengan lebih 100 orang. Dan berkata dia tidak dapat melangsaikan hutangnya sekarang.

Datuk Red meminta pihak yang masih menagih hutang padanya, agar mengikut prosedur perundangan dengan menghubungi peguam yang sudah dilantiknya.

Ianya untuk memastikan proses tersebut berjalan dengan lancar dan telus. Datuk Red menafikan dia selama ini tidak peduli tentang hutangnya.

Sebaliknya sudah memulakan proses membayar hutang itu secara ansuran sejak lima tahun yang lalu.

Dipetik daripada sumber Beautifulnara, Datuk Red menambah: “Saya berharap mangsa mangsa bersabar dan berikan masa dan ruang. Boleh hubungi peguam saya untuk mendapatkan kembali wang mereka.

“Saya dan cuba macam maca sejak lima tahun lepas. Andai kata selepas semua hutang saya selesai, Allah cabut nyawa saya pun tiada masalah.”

@dato..red

good luck geng✌️😭😭😭

♬ hingga tua bersama – 𝚡𝚙𝚛𝚎𝚜𝚒𝚖𝚞𝚜𝚒𝚔

Sebelum ini Datuk Red telah mengambil langkah drastik menggunakan media sosial untuk mencari kerja. Dia ketika itu menyatakan dia tidak memilih kerja.

Setelah video dia tular meminta kerja, rezeki datang kepadanya melimpah limpah. Dengan banyak tawaran pekerjaan dan tawaran menjadi duta produk.

Kini dia sibuk dengan kerjaya baharunya sebagai pempengaruh media sosial. Ramai yang berharap Datuk Red akan bangkit agar dapat menyelesaikan segala hutangnya.