Datuk Seri Vida dipuji kerana telah mendidik Cik B menjadi seorang anak yang sangat baik.

Cik B turut dipuji sebagai seorang anak yang baik dan berbudi bahasa. Usahawan, Datin Seri Shahida agak terkejut melihat Cik B sebenarnya sangat beradab, berbeza dengan tanggapan awalnya yang merasakan Cik B seorang yang kasar.

Ketika ramai yang risau dengan generasi muda hari ini yang semakin kurang adab, Datuk Seri Vida dipuji kerana membekalkan anaknya dengan didikan tentang adab.

Cik B baik dan taat pada ibunya

Datin Seri Shahida memuji Datuk Vida sebagai pandai mendidik anaknya. Walaupun dari keluarga yang kaya raya, namun Cik B tak sombong dan menghormati orang lain.

Cik B nampak seperti seorang yang kasar, macam gangster, itu yang ada dalam fikiran kita melihat dia. Tetapi setelah kenal dia, masya-Allah, Cik B anak yang sangat baik. Saya berani jamin.”

vida cik b

“Cik B sangat berbudi bahasa, anak yang baik dan taat kepada ibu dia. Saya duduk dengan dia selama 2 minggu dan saya melihat cara percakapannya.

“Dia akan ucap terima kasih unty, assalamualaikum.. dia sangat menghargai dan berbudi bahasa walaupun kamu berikan dia makan benda yang sangat ‘simple’ sekalipun,” tambah Shahida lagi.

Dia memberitahu lagi: “Sebab itu kita jangan cepat menilai seseorang itu menerusi apa yang kita nampak.

“Mama nak ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Vida kerana dapat mendidik Cik B menjadi anak yang baik, berbudi bahasa dan sangat taat kepada ibunya.”

@shopdherbsonline

Qadijah dah jadi BFF dgn cik b.. Sejak shooting lagu raya hari tu.. #terlajaklaris #papalaris

♬ bunyi asal – ONLINE DHERBS – ONLINE DHERBS

Datuk Seri Vida dipuji pandai didik anak

Netizen rata rata sependapat dengan Datin Shahida. Menurut mereka, Cik B dan Kacak sangat beradab apabila bercakap, terutama sekali dengan orang yang lebih tua, tanpa mengira siapa mereka.

Ini menerusi konten yang seringkali dikongsikan keluarga tersebut di media sosial.

vida cik b

Yang lain menambah, Datuk Seri Vida dipuji sebagai ibu yang hebat kerana sentiasa menggunakan kata kata yang baik dalam mendidik anakya.

Komen itu berbunyi: “Kata kata seorang ibu satu doa. DSV [Datuk Seri Vida] selalu puji, cakap yang baik-baik untuk anak-anak dia. Tak pernah keluar perkataan yang tak elok sebab tu anak-anak DSV semua beradab. Cik B & kacak anak-anak mama yang hebat.”

datuk seri vida dipuji

Netizen seterusnya menyatakan mereka pernah satu pesawat dengan Cik B dan DSV, dan kedua duanya sangat baik, peramah dan sopan. Datuk Vida dipuji begitu juga Cik B kerana mereka tak hipokrit depan kamera semata mata.

“Dan masa tu, tak ada kamera pun, mereka tak sombong langsung,” tulis netizen tersebut.

Seorang lagi mencadangkan netizen menonton video Cik B melawat rumah anak yatim sebelum ini. Kerana video itu menunjukkan kemuliaan hati Cik B.

Mereka setuju bahawa wajarlah Datuk  Seri Vida dipuji dalam mendidik anak anaknya.