Jika perlu memilih seorang rockstar paling sempoi di dunia ketika ini, Dave Grohl adalah antara calonnya. Vokalis untuk kumpulan Foo Fighters itu baru-baru ini mengejutkan peminat di konsert Metallica apabila beliau turut sama bersama-sama peminat lain menyaksikan persembahan kumpulan lagenda rock itu di California.

Walaupun beliau boleh saja menyaksikan persembahan Metallica di bahagian backstage, rasanya Dave sendiri mahu ‘layan’ konsert Metallica ini secara live di bahagian depan. Dave sendiri mengakui bahawa beliau memang seorang peminat setia Metallica sejak beliau remaja lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini juga salah satu sebab kenapa band lama dapat survive sehingga sekarang. Mereka memberi sokongan antara satu sama lain dan menghargai setiap muzik yang dihasilkan oleh pemuzik walaupun berlainan genre. Bekas pemain drum Nirvana ini juga turut menganggotai beberapa kumpulan side-project bersama artis-artis terkemuka di Amerika Syarikat seperti Queens of the Stone Age, Probot, Them Crooked Vultures, Tenacious D, dan Ghost.

Kalau segi profesional dan sayang kepada peminat, boleh beri kepada Dave Grohl juga. Beliau pernah patah kaki ketika konsert sedang berlangsung. Beliau tidak membatalkan konsert berkenaan, tetapi tetap meneruskan konsert itu sampai tamat.

https://twitter.com/Andrew_Barness/status/897222806408241152

Itulah insan bernama Dave Grohl. Susah hendak jumpa artis yang down to earth seperti Dave. Ramai juga yang sempat bergambar bersama Dave selepas tamatnya konsert Metallica ini. Ada yang akan ke konsert Foo Fighters di Singapura atau Bangkok Ogos ini?