Penjaga gol Arsenal, David Raya mendedahkan bola baharu keluaran Puma sebagai sebab kenapa dia gagal menghentikan sepakan percuma Dominik Szoboszlai.
Liverpool menang 1-0 ke atas Arsenal hasil daripada sepakan percuma berkela dunia tersebut.
Arsenal pada satu ketika lebih banyak mengancam ke kubu lawan, namun pada separuh masa kedua aksi mereka agak longgar.
Liverpool akhirnya memanfaatkan peluang yang ada untuk memenangi perlawanan. Di mana Dominik Szoboszlai melakukan sepakan percuma jarak jauh yang terus menerjah gawang.
David Raya menegaskan bahawa, pergerakan bola Puma tersebut terlalu kuat melayang. Dan dia mengingatkan rakan rakannya agar cuba menyesuaikan diri dengan bola baharu tersebut.
Bercakap kepada Sky Sports, Raya berkata: “Saya kecewa tidak dapat menyelamatkan bola itu, sama macam mana mana gol yang saya lepaskan.
“Saya berpendapat ianya sepakan yang luar biasa. Dan seingat saya, bola baharu itu terbang melayang terlalu jauh daripada saya. Harap selepas ini saya dapat selamatkannya.
“Ianya sepakan yang sangat bagus terutama sekali dengan bola baharu dan segalanya. Kami pula masih cuba menyesuaikan diri dengan bola itu. Bola ‘lari’ daripada saya, sukar untuk menggapai dan menyelamatkannya.
“Bola ini berbeza dengan bola Nike, jadi kami kena beradaptasi. Cengkaman dia lain, sepakan pun berbeza. Kami harus beradaptasi selepas bermain dengan bola Nike dalam banyak tahun selama ini. Ia situasi sama untuk semua orang.
David Raya on the new Puma ball:
"It's different to the Nike ball so we have to adapt to it. The grip is different, the kick is different.
"We just have to adapt after playing with the Nike ball for many years. It's the same for everybody.
"We wanted to go forward to attack… pic.twitter.com/5NSnMLl9Bn
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley) August 31, 2025