Detik awal pagi tadi menyaksikan Dataran Merdeka bergegar dengan sorakan ribuan peminat bola sepak tempatan yang berhimpun bagi menyaksikan aksi perlawanan akhir Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina.

Suasana yang sepatutnya menjadi memori indah perkongsian kegembiraan, bertukar menjadi pemandangan yang menyedihkan apabila tirai perlawanan berlabuh.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kongsikan rasa kesal dan imej keadaan padang bersejarah itu dicemari dengan sampah-sarap selepas tamatnya acara tayangan final bola sepak.

DBKL Kesal Peminat Bola Sepak Jadikan Dataran Merdeka 'Padang Sampah' Selepas Final Piala Dunia
Sumber Gambar: Facebook DBKL

“Sedih melihat keadaan Dataran Merdeka selepas aksi final Piala Dunia 2026 antara Sepanyol dan Argentina.

“Awal pagi tadi, ribuan orang berhimpun untuk bersorak, meraikan bola sepak dan berkongsi kegembiraan. Namun apabila sorakan berakhir, padang bersejarah ini ditinggalkan dalam keadaan dipenuhi sampah sarap.

“DBKL akan membersihkannya. Petugas kami akan turun mengutip apa yang ditinggalkan tetapi kebersihan Kuala Lumpur tidak seharusnya sentiasa bergantung pada orang lain yang datang membersihkan selepas kita pulang,” luah kekesalan DBKL.

DBKL Kesal Peminat Bola Sepak Jadikan Dataran Merdeka 'Padang Sampah' Selepas Final Piala Dunia
Sumber Gambar: Facebook DBKL

Pada masa DBKL mengingatkan orang ramai bahawa Dataran Merdeka ialah lambang maruah dan sejarah negara. Cara orang ramai meninggalkannya mencerminkan cara kita semua menghargainya.

“Kota yang hebat bukan hanya dinilai ketika orang ramai datang tetapi melalui keadaan yang mereka tinggalkan apabila pulang.
Kuala Lumpur ialah rumah kita. Jagalah seperti kita menjaga rumah sendiri,” pesan DBKL.

DBKL Kesal Peminat Bola Sepak Jadikan Dataran Merdeka 'Padang Sampah' Selepas Final Piala Dunia
Sumber Gambar: Facebook DBKL