Selepas kecoh berita kehadiran kedai jagung bakar haram di tengah ibu kota baru-baru ini, kini pihak berkuasa terutamanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dilihat giat melakukan operasi bagi menangani isu tersebut.
Terkini, seorang pengguna TikTok bernama @mni_11 telah berkongsi sebuah video yang memaparkan satu operasi pembersihan kedai haram yang dilakukan oleh pihak DBKL di sekitar Bukit Bintang.
Baca Juga:
- Rancak Selepas Pandemik COVID-19, 100 Syarikat Didalangi Warga Bangladesh Rekrut Buruh Asing
- 500,000 Warga Asing Menganggur Di Malaysia
- Wanita Kelantan Ramai Kahwin Kontrak Dengan Warga Asing
Difahamkan kehadiran kedai-kedai jualan berdekatan laluan penjalan kaki di Bukit Bintang telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengunjung di sana.
Di dalam video berdurasi 20 saat itu, dapat dilihat pihak DBKL melakukan kerja perobohan kedai-kedai haram yang dikatakan sudah beroperasi sejak sekian lama.
Selain mengerahkan tenaga beberapa pengawai DBKL, dua buah jentera penggali turut digunakan bagi mengalihkan serpihan sampah di kawasan tersebut.
@
Susulan itu, majoriti warganet kini memuji tindakan tegas yang diambil oleh DBKL dalam menangani isu penempatan kedai haram di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, sebahagian warganet juga berharap agar pihak DBKL dapat melakukan operasi secara besar-besaran di lebih banyak kawasan seperti di Jalan Raja Chulan dan Jalan Alor kerana kewujudan kedai haram yang semakin melarat.