Rodrygo De Paul telah memanggil Messi sebagai orang kerdil atau dwarf selepas kemenangan 4-1 Argentina ke atas musuh tradisi mereka Brazil.
De Paul dikenali sebagai pemain yang paling hadapan untuk mempertahankan dan melindungi Lionel Messi. Nampaknya telah bergurau kasar dengan panggilan dwarf untuk menggelarkan Messi.
Sebelum ini tiada pemain lain berani menggelarkan Messi sebagai dwarf walaupun penyokong lawan kerapkali menggunakan gelaran itu untuk mengejek Messi.
Lionel Messi tidak dapat beraksi dalam aksi Kelayakan Piala Dunia antara Argentina dan Brazil. Namun Argentina berjaya merekodkan kemenangan bergaya ke atas lawan mereka itu.
Julian Alvarez membuka tirai jaringan seawal minit ke-4. Kemudian 3 bintang EPL mencetak gol dalam perlawanan ini.
Enzo Fernandes dari Chelsea mencetak gol kedua Argentina minit ke-12. Brazil merapatkan kedudukan pada minit ke-26 menerusi bintang Wolves, Matheus Cunha. Tetapi bintang Liverpool Alexis Mac Allister memastikan Argentina 3-1 di hadapan sebelum rehat.
Giuliano Simeone meneruskan rentak cemerlangnya pada musim ini dengan gol keempat Argentina untuk kemenangan 4-1.
Rindu dengan the dwarf
Selepas tamat perlawanan, De Paul akui mereka merindui kelibat Lionel Messi. Namun berkata, kapten mereka itu telah meninggalkan kapal mereka dalam keadaan cukup baik untuk mereka beroperasi tanpanya.
“Kami sangat merindui si kerdil itu. Namun perkara yang paling penting adalah pemulihannya daripada kecederaan dan dia dalam keadaan baik. Dan kami sudah menunjukkan bahawa dia boleh yakin bahawa kapten telah meninggalkan kapal ini dengan minyak yang cukup.”
Posts from the soccer
De Paul dianggap biadap
Ada peminat menganggap De Paul biadap memanggil Messi dengan gelaran si kerdil atau dwarf.
Menurut mereka gelaran itu berbaur mengaibkan seseorang secara fizikal. Terutama sekali Lionel Messi yang merupakan tokoh terkemukan.
Benda biasa di Argentina
Namun peminat Argentina segera berkata bahawa perkara itu biasa di Argentina. Malah ada yang meminta orang eropah atau amerika tidak perlu membawa sentimen generasi ‘snowflake’ mereka ke Argentina.
Peminat Argentina yang lain berkata: “Di negara kami, panggilan seperti si pendek, si kecil, si katik, adalah panggilan yang sangat biasa untuk menggambarkan seseorang dengan susuk fizikal mereka.”
Yang lain pula menegaskan bahawa De Paul sudah memanggil Messi sebagai dwarf sejak dulu lagi. Dan kapten itu baik baik sahaja. Kerana De Paul tidak berniat menghinanya. Sebaliknya memanggilnya dengan gelaran mesra seorang sahabat.
In Argentina is quite normal to pick a physical feature and use it to nickname your friends or close relatives. "Dwarf" in Spanish is "Enano" which is a cute way of calling your friend who is shorter than you (in this case, Messi is shorter than RDP). It's not offensive at all.
— padmé 🎀 (@ppadmeamidala) June 14, 2023
Ada juga menyindir, jika De Paul bermain di EPL, dia pasti akan berdepan penggantungan kerana komen tentang Messi seperti itu.
Ini merujuk kepada kes pemain Spurs, Rodrigo Bentancur yang digantung 7 perlawanan hanya kerana dia bergurau tentang wajah Son Heung Min dan orang Korea yang lain yang dianggapnya sama sahaja.
Bentancur meminta maaf jika dia menyinggung perasaan Son Heung Min. Namun pemain Korea Selatan itu baik baik sahaja dengan gurauan tersebut.
“Tidak ada masalah, kita kan saudara, tiada yang dapat mengubahnya,” tulis Son.
Malangnya EPL pula yang terlebih sensitif dan pemain itu tetap dikenakan tindakan.