Peminat sukan tempur tanah air, sila bersedia! Sesuai dengan temanya “The Ice Has Arrived”, kehangatan aksi Muay Thai dan tinju antarabangsa bakal menggegarkan Negeri Sembilan tidak lama lagi.

Fury Championship II kembali menemui peminat dengan barisan petarung (fight card) yang cukup mantap dan menjanjikan aksi penuh dramatik.

Sama ada anda peminat tegar seni bela diri ataupun sekadar mencari hiburan hujung minggu yang penuh bertenaga, acara ini pastinya tidak mengecewakan.

Tumpuan Utama: Perebutan Tali Pinggang Kejuaraan

Malam tersebut bakal menyaksikan pertarungan sengit di kemuncak acara yang pastinya membuatkan penonton tidak senang duduk.

Bagi acara utama atau Main Event (Muay Thai), penonton bakal disajikan dengan pertarungan merebut kejuaraan sulung Inaugural Fury Muay Thai Lightweight Championship antara jaguh tempatan, Izat Zaki menentang pencabar hebat, Brian Lawitan. Siapakah yang bakal membawa pulang tali pinggang berprestij ini?

Kehangatan malam tersebut diteruskan lagi dengan Co-Main Event (Tinju) yang menampilkan aksi kelas Super Lightweight bagi merebut gelaran OPBF Silver antara Putih Pretty Boy lawan Ilham “Flanker Leoisa”.

Pertembungan dua gaya tinju yang berbeza ini pastinya penuh dengan taktikal, strategi, dan aksi yang cukup padu.

Barisan ‘Undercard’ Yang Cukup Padu

Selain acara utama, sebanyak 11 perlawanan (bouts) secara keseluruhan telah disusun untuk membakar semangat penonton seawal jam 5.00 petang. Antara tumpuan lain termasuklah pertembungan dalam Bout 11 (Muay Thai) yang mempertemukan Bimo “Baby Legion” lawan Hasbullah “Yat Rembo” bagi kategori International Bantamweight.

Tidak ketinggalan, Bout 8 (Tinju) pula bakal menyaksikan aksi bertenaga antara Kilat Boy menentang Kitidech Hirunsuk dalam kategori International Super Bantamweight.

Sorakan penonton juga pastinya bergema untuk Bout 6 (Muay Thai) antara Danial “Kerta Kebal” dan Gusti “Supergas” bagi kategori International Lightweight  melihat pada nama gelaran mereka sahaja sudah tahu kedua-dua petarung ini bukan biasa-biasa.

Debaran Fury Championship II: 'The Ice Has Arrived' Bakal Goncang Karisma Arena
Sumber Gambar: Media Prima

Menariknya, debaran malam itu turut diselimuti misteri menerusi Bout 9 (Misteri) yang menampilkan dua Mystery Fighter. Identiti mereka yang masih belum didedahkan pastinya menjadi kejutan yang paling dinantikan oleh para peminat.

Info Acara & Cara Menonton

Bagi anda yang tidak mahu terlepas momen bersejarah ini, pastikan anda menandakan kalendar pada hari Sabtu, 25 Julai ini. Acara gilang-gemilang ini akan bermula tepat jam 5.00 petang dan bertempat di Karisma Arena, Negeri Sembilan.

Bagi yang tidak dapat hadir secara fizikal ke stadium, anda tidak perlu risau kerana aksi penuh debaran ini boleh ditonton menerusi siaran langsung di aplikasi Tonton, serta penstriman langsung di saluran YouTube dan TikTok rasmi @furychampionship.

Jom Rasa Sendiri Aura ‘Live’ di Arena!

Menonton di skrin telefon atau TV memang menyeronokkan, tetapi merasai sendiri sorakan gemuruh, impak tumbukan, dan debaran secara depan-depan di stadium adalah satu pengalaman yang sangat berbeza.

Tiket perlawanan kini boleh dibeli secara eksklusif melalui platform WowTix. Tempat duduk adalah terhad, jadi jika anda merancang untuk meluangkan masa hujung minggu bersama rakan-rakan atau keluarga yang meminati sukan ini, anda boleh dapatkan tiket anda lebih awal sebelum kehabisan.

Jumpa anda di Karisma Arena, Negeri Sembilan!