Pengarah sukan Barcelona, Deco, mendedahkan bahawa Bernardo Silva sebenarnya mahu menyertai kelab Catalan itu, namun perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan atas beberapa faktor.
Menurut Deco, Bernardo bukan pemain yang diperlukan Barcelona dari segi gaya permainan dan posisi. Barcelona memiliki pilihan pemain tengah lebih baik dari segi kesesuaian taktikal.
Walaupun pemain Portugal tersebut berminat untuk berpindah ke Camp Nou, Barcelona memilih untuk tidak meneruskan usaha mendapatkan khidmatnya.
“Bernardo Silva bukan pemain pada posisi yang kami cari. Dia mahu datang ke Barça, tetapi ia tidak berlaku kerana kami mempunyai parameter kami sendiri,” kata Deco kepada RAC1.
🚨🔵🔴 Barça director Deco on Bernardo Silva: “It wasn’t the position we were looking for. He wanted to COME to Barça, but it didn’t happen because we have our own parameters”.
“It was an economic issue and about playing minutes. He wanted to play, but I prefer our own players”,… pic.twitter.com/iJqK5Im7k4
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 10, 2026
Deco turut menjelaskan bahawa faktor kewangan menjadi antara sebab utama Barcelona tidak meneruskan rancangan tersebut. Selain itu, isu minit permainan juga memainkan peranan.
Bernardo dikatakan mahu mendapatkan jaminan untuk bermain secara konsisten, namun Deco lebih memilih untuk memberi peluang kepada pemain sedia ada dalam skuad Barcelona.
“Ia melibatkan isu ekonomi dan juga minit permainan. Dia mahu bermain, tetapi saya lebih mengutamakan pemain kami sendiri,” jelas Deco.
Bernardo Silva akkhirnya menyertai Real Madrid yang turut melantik Jose Mourinho sebagai pengurus baharu.