Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila Shuib yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama Watie ‘diserang’ oleh segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab.

Melabel beliau sebagai ahli Freemason gara-gara kaya dengan mendadak serta mendakwa beliau merupakan dalang kematian arwah Siti Sarah antara fitnah yang dilemparkan kepada selebriti dan usahawan ini.

Baca Juga:

Dalam usaha untuk menjelaskan kepada orang ramai dakwaan yang diterima, Shuib turut menjawab isu kekayaan yang diperoleh di mana beliau memaklumkan sebahagian besarnya datang daripada perniagaan minuman Bubble Bee.

Menurut Shuib, perniagaan minuman Bubble Bee berjaya meraih jumlah kutipan jualan sebanyak RM150 juta sepanjang 3 tahun. Sehingga kini Bubble Bee sudah mempunyai puluhan cawangan seluruh Malaysia serta memiliki lebih 300 kaki tangan.

“Saya struggle 3 tahun buat Bubble Bee”, luah Shuib yang kesal dituduh ahli Freemason sehingga menyebabkan terdapat pekerja Bubble Bee yang mahu berhenti kerja kerana percaya dengan dakwaan tersebut.

Perkongsian yang dibuat Shuib ini turut mendapat perhatian para netizen yang rata-rata tampil dengan respon dengan berbeza.

Terdapat netizen yang mahukan syarikat ini untuk mengeluarkan laporan audit untuk mengesahkannya. Tidak kurang juga yang kagum dengan usaha keras Shuib dalam membangunkan bisnes minuman berasaskan madu ini.

Sidang media yang dibuat sebelum ini turut melihat netizen bernama Zulhairi yang sebelum ini menuduh beliau sebagai ahli Freemason tampil memohon maaf secara terbuka kepada Shuib atas fitnah yang dilemparkan.