Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila Shuib yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama Watie ‘diserang’ oleh segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab.
Melabel beliau sebagai ahli Freemason gara-gara kaya dengan mendadak serta mendakwa beliau merupakan dalang kematian arwah Siti Sarah antara fitnah yang dilemparkan kepada selebriti dan usahawan ini.
Baca Juga:
- Burukkan Arwah Siti Sarah Dan Dakwa Shuib Ahli Freemason, Individu Ini Tampil Buat Permohonan Maaf
- Baru Sahaja Berkahwin, Shuib Dan Watie ‘Diserang’ Komen Lucah Segelintir Netizen
Dalam usaha untuk menjelaskan kepada orang ramai dakwaan yang diterima, Shuib turut menjawab isu kekayaan yang diperoleh di mana beliau memaklumkan sebahagian besarnya datang daripada perniagaan minuman Bubble Bee.
Menurut Shuib, perniagaan minuman Bubble Bee berjaya meraih jumlah kutipan jualan sebanyak RM150 juta sepanjang 3 tahun. Sehingga kini Bubble Bee sudah mempunyai puluhan cawangan seluruh Malaysia serta memiliki lebih 300 kaki tangan.
RM150 juta SALES BUBBLEBEE 🐝
RM 150 Juta / 3 tahun / 30 cawangan/ 12bulan : RM138K sales kasar sebulan per outlet.
Jadi per day = RM138,000 / 30 hari = RM4600 sehari
RM4600 sehari ÷ RM15 per cawan = 307 cawan jualan sehari setiap outlet Bubblebee
Tahniah. 🤗 pic.twitter.com/M2jBgc6VTp
— Picky (@pickyhn) July 5, 2023
“Saya struggle 3 tahun buat Bubble Bee”, luah Shuib yang kesal dituduh ahli Freemason sehingga menyebabkan terdapat pekerja Bubble Bee yang mahu berhenti kerja kerana percaya dengan dakwaan tersebut.
Perkongsian yang dibuat Shuib ini turut mendapat perhatian para netizen yang rata-rata tampil dengan respon dengan berbeza.
Perkara ni boleh disahkan dengan baca dekat Audit Report. Cuma carian Audit Report dalam website MyData SSM belum ada yang 3 tahun punya. Mungkin auditor tengah finalise akan di upload kemudian.
Audit report syarikat Sdn Bhd boleh beli di website SSM untuk rujukan umum. https://t.co/XJIYm0NjnX
— Tanya Cukai Pada Zortax (@AzrulIzzaham) July 6, 2023
Power power boleh jual air je 150 juta https://t.co/UCJVeAZHAm
— ☕ Akmal 🌱🧌🇵🇸 (@bulletofmine) July 6, 2023
Sebelum arwah siti sarah create bubblebee, shuib jual sabun cecair. Lepas tu, dia cuba jual madu. Then bila arwah siti sarah execute idea Bubblebee, terus laris. Kene pulak timing boba tea tengah hangat. Orang berjaya atas hasil usaha sendiri tapi tak semua orang nampak. 🙂 https://t.co/HS55eTj4OM
— Mona 모나 (@monaphyx) July 6, 2023
Hmm outlet dia byk buang pekerja, byk juga outlet yg dah tutup. Staff kata sehari sales x smpi rm100 https://t.co/3XGWiDMtCQ
— aien ☕ (@silveraien) July 6, 2023
Terdapat netizen yang mahukan syarikat ini untuk mengeluarkan laporan audit untuk mengesahkannya. Tidak kurang juga yang kagum dengan usaha keras Shuib dalam membangunkan bisnes minuman berasaskan madu ini.
Sidang media yang dibuat sebelum ini turut melihat netizen bernama Zulhairi yang sebelum ini menuduh beliau sebagai ahli Freemason tampil memohon maaf secara terbuka kepada Shuib atas fitnah yang dilemparkan.