Percintaan Janna Nick dan pasangannya Dini Azan Schatzmann sering mendapat perhatian orang ramai disebabkan kemesraan yang ditunjukkan.
Terbaharu, Janna Nick yang memuat naik sebuah video TikTok mendedahkan status dirinya adalah ‘single’.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
@jannanickofficial Ada yang lahir 1995?
Tidak hanya itu, dia juga berkongsi hantaran di Instagram seperti mengukuhkan lagi kenyataan bahawa dia sudah putus bersama Dini.
Susulan itu, rata-rata peminat berasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Janna Nick dan merasakan ia hanyalah sebuah lakonan.
Malah, para netizen turut tidak percaya bahawa mereka telah putus. Hasil pemerhatian kami, Janna telah menutup ruangan komen dan ada gambar mereka berdua sudah tiada di Instagram.
Ketika ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Dini berhubung isu ini.