Dulu rumah kecil 3 bilik dipanggil Tiny Home oleh Faeza Rahim. Kini rumah itu terpaksa disebut Tiny Family Home selepas dia membina 4 buah rumah kecil di atas tanah bersaiz 60 kaki panjang dan 60 kaki lebar di Klang.
Setiap sebuah homestay mempunyai bilik dan bilik air sahaja seperti ensuite. Hiasan dalaman juga berbeza selari dengan nama-nama rumah yang diberi. Ia kombinasi idea ibu dan anak menggunakan barang terpakai dan baru.
1. Rumah Mahsuri
Tema rumah Mahsuri ini ialah old Hollywood glam. Ia menggunakan warna merah kerana selalu membayangkan warna merah dengan glam classic red lipstick.
2. Rumah Tun Fatimah
Pemilik mahu menggunakan warna biru bagi membangkitkan elemen nautical kerana selalu membayangkan perasaan nyaman di tepi pantai.
3. Rumah Selendang Delima
Pintu rumah dicat warna hijau agar ia beri ilusi tentang suasana kampung ala English country side with lace yang dikaitkan dengan ketenangan. Bak kata rakan Faeza, apabila orang duduk dekat tepi tingkap ada rasa nak minum teh sambil tengok salji turun di luar.
4. Rumah Siti Zawiah
Rumah ini tema warna kuning bagi menonjolkan sifat fun and happy kerana pemiliknya nak orang yang masuk bilik ini akan rasa seronok.
Jika ada hasil dekorasi dan senireka yang menarik, anda boleh kongsikan dengan kami untuk dipaparkan di Vocket.