Seorang lelaki tempatan berusia 40an sanggup membuat laporan palsu berhubung kes kecurian kereta Audi untuk mendapatkan tuntutan insurans.

Pada 21 Disember lalu, lelaki terbabit telah membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau pada jam 3.14 pagi mendakwa dirinya menjadi mangsa samun pada sehari sebelum, petik kenyataan rasmi Polis Daerah Rembau.

Baca Juga:

‘Mangsa’ mendakwa pada 20 Disember, 10.22 malam dia telah ditahan dua individu tidak dikenali dan telah menyamun barang peribadi, serta membawa lari kereta jenis Audi.

“Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 295 Kanun Seksaan. Bagaimanapun hasil siasatan dan soal siasat lanjut terhadap ‘mangsa’ mendapati kejadian yang dilaporkan adalah palsu.

“Mangsa membuat laporan palsu bertujuan untuk membuat tuntutan insurans ke atas kereta Audi tersebut.

“Siasatan selanjutnya terhadap kes itu diteruskan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 6 bulan atau dengan denda yang boleh sampai RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” kata Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadir Bin Shaik Mohamed.

Tambah beliau lagi, pihak polis menyeru orang ramai agar tidak membuat laporan palsu sehingga memberian impak negatif berlaku kejadian jenayah yang mengganggu guat ketenteraman awam di dalam daerah Rembau.