Baru-baru ini telah berlangsungnya Big Food Festival di Perlis selama 4 hari bermula daripada 12 sehingga 15 Oktober 2023.

Festival yang julung-julung kali diadakan di Perlis ini telah menghimpunkan pelbagai jenama serta gerai yang popular dan viral serata Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Menerima sambutan yang hangat daripada para pengunjung dari Perlis dan Kedah, sebuah gerai manisan popular iaitu Suka Dessert berjaya menarik perhatian para pengunjung khususnya kaum wanita.

Menerusi jualan yang diadakan selama empat hari, seorang pengguna TikTok @mrs.leyha merakamkan terpaksa menunggu sehingga 5 jam demi mencuba manisan viral daripada gerai ini.

@mrs.leyha

Kalau nak fastline, tunggu ngandung 🤣🤣🤣#sukadessert #perlis #bigfoodfestival

♬ AIS Entertain Max X ขงจื๊อ – ขงจื๊อ

Sementara itu, ibu mengandung dibenarkan untuk menggunakan fastline untuk mengelakkan daripada tempoh beratur yang panjang.

Perkongsian yang dibuat telah mendapat perhatian para netizen yang rata-ratanya memaklumkan turut sama terpaksa beratur panjang dalam mencuba manisan ini. Tidak kurang juga yang memaklukan tempoh beratur yang panjang berbaloi dengan keenakan rasa manisan ini.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama para pengunjung sanggup beratur di kedai yang menawarkan manisan yang menjadi rebutan.

Sebelum ini, festival makanan di Kelantan telah menyaksikan para pengunjung beratur sehingga 12 jam demi mencuba Kunafa viral.