Sudah kebiasaan bagi sebahagian orang ramai di mana makanan yang tular atau viral menjadi rebutan untuk dicuba. Malah, terdapat peminat makanan viral yang sanggup bersusah payah beratur panjang demi mendapatkannya.

Begitu juga dengan Kunafa Aiwahh yang pada kali ini ditawarkan julung kalinya ditawarkan di RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan pada 7 September sehinggan 9 September ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sebalik penawaran hidangan yang unik, siapa sangka sambutan rakyat Kelantan terhadap Kunafa Aiwaah begitu luar biasa dan diluar daripada jangkaan.

Lebih mengejutkan ramai, difahamkan terdapat pihak yang sanggup beratur sejak dari tengah malam semata-mata untuk menjadi pelanggan terawal apabila gerai ini dibuka pada waktu pagi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Matpih Official, seorang wanita tampil memaklumkan mulai beratur seawal 7.30 pagi dan masih dalam barisan serta dalam barisan menjelang jam 4.40 petang. Malah, wanita ini sedia menunggu dengan penuh semangat demi mendapatkan Kunafa Aiwahhh ini.

Lebih mengejutkan ramai, barisan yang panjang pada hari awal penjualan telah menimbulkan kekecohan apabila terdapat pengunjung yang gagal mendapatkannya selepas berjam-jam beratur berikutan gerai sudah mencapai waktu untuk ditutup.

Difahamkan antara punca insiden berlaku disebabkan terdapat pihak yang menjadi reseller sanggup membuat pesanan dalam jumlah yang banyak yang sekaligus membuatkan mereka yang beratur terpaksa menunggu lebih lama.

Sehubungan dengan itu, difahamkan gerai yang menjadi tumpuan orang ramai disebabkan penjualan kunafa yang viral ini telah menetapkan pada hari ini di mana setiap seorang pengunjung hanya dibenarkan untuk mendapatkan 2 set sahaja.

Dalam pada itu, jumlah barisan yang panjang telah mengejutkan pelbagai pihak melihatkan kecekalan pengunjung di Kelantan yang sanggup beratur sehingga lebih 12 jam demi mendapatkan sebuah hidangan kunafa.