Nur Fazura atau Fazura, telah memberitahu bahawa keputusannya memohon cerai dengan Fattah Amin sudah muktamad. Dan tiada pusingan u dalam keputusannya itu.
Fazura menyatakan sendiri perkara itu menerusi perkongsiannya di Instagram. Dia menyatakan bahawa permohonan cerai yang dibuat pada 13 September lalu adalah keputusan yang diambil dengan pertimbangan yang sewajarnya.
Ianya bukan perkara yang diambil dengan ringan tanpa pertimbangan atau refleksi yang mendalam melibatkan masa depan dia dan anaknya.
Dia menulis: “Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu.
“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.”
Akhir sekali Fazura menyatakan dia membuat keputusan tersebut demi maruah sebagai wanita dan kesejahteraan dia dan Fatima. Sambil dia meminta orang ramai mendoakan agar dia dapat menyempurnakan proses perceraian tersebut.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz. Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga.”
Mahkamah Rendah Syariah Petaling menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti itu ke tarikh baharu, iaitu pada 7 Oktober ini. Ini selepas tiada lafaz cerai dibuat oleh suami Fazura, iaitu Fattah Amin pada hari ini.
Fattah Amin terbuka menyatakan bahawa dia masih sayangkan Fazura dan anaknya.