Baru-baru ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggempur Pasar Harian Selayang, Kuala Lumpur bagi membanteras pelbagai jenayah serta aktiviti tidak sihat di kawasan itu.

Apa yang mencuri tumpuan netizen apabila ramai warga asing sanggup membongkokkan diri baring menyorok di dalam tong ais yang digunakan untuk menyimpan ikan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ada netizen turut berkongsi pengalamannya membuat serbuan terhadap warga asing.

Menurutnya, oleh kerana mahu elak diri daripada dicekup, ada yang sanggup menyorok dengan memanjat naik atas pokok kelapa sawit.

Tanpa mengira bahaya dan keselamatan diri sendiri, ada juga warga asing yang sanggup melarikan diri, terjun masuk ke dalam paya ketika waktu tengah malam.

Sumber Gambar: TikTok @xklusif.my
Sumber Gambar: TikTok @xklusif.my
Sumber Gambar: TikTok @xklusif.my
Sumber Gambar: TikTok @xklusif.my

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata seramai 108 pendatang tanpa izin ditahan atas pelbagai kesalahan, lapor Buletin TV3.

Menurut beliau, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melancarkan Operasi Khas Op Taring II dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membabitkan 465 pegawai serta anggota.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa.

Operasi tersebut turut memfokuskan kepada usaha membanteras sebarang aktiviti tidak sihat di kawasan berkenaan.

“Pihak polis dibantu jabatan dan agensi lain akan terus menjalakan operasi khas seperti ini pada masa akan datang.

“Orang ramai dialuk-alukan untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan yang mencurigakan atau kehadiran PATI di kawasan masing-masing,” katanya.