Umum mengetahui bahawa tidak boleh membawa makanan luar untuk masuk ke pawagam dan hanya boleh membawa makanan dijual di pawagam tersebut.

Malah, pemeriksaan akan dilakukan ketika semakan tiket dan terbaharu, seorang pengguna TikTok @ahroooon telah berkongsi sebuah video memaparkan bagaimana dia menyeludup makanan luar ke pawagam.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

@ahroooon

its all about family #fyp #fastx

♬ original sound – sybau

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dia memasukkan makanan seperti burger, snek dan banyak lagi di dalam kotak kasut. Lalu, dia meletakkan kotak tersebut ke dalam plastik seolah-olah dia baru sahaja membeli ‘kasut’ bagi mengaburi penjaga tiket.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan trik tersebut berguna serta mahu mencubanya kelak.

Demi 'Seludup' Makanan Dalam Pawagam, Lelaki Ini Kongsi Cara Dengan Guna Kotak Kasut

Demi 'Seludup' Makanan Dalam Pawagam, Lelaki Ini Kongsi Cara Dengan Guna Kotak Kasut

Demi 'Seludup' Makanan Dalam Pawagam, Lelaki Ini Kongsi Cara Dengan Guna Kotak Kasut

Ada juga netizen mengatakan selalu melakukan trik seperti itu untuk seludup makanan ke pawagam dan segelintir netizen juga bimbang jika selepas ini mereka kantoi disebabkan video tersebut viral.