Menjadi antara kumpulan pertama di Malaysia menonton filem Demon Slayer: Infinity Castle, hanya dua perkataan yang terlintas di minda selepas tamat menonton filem ini; absolute cinema.

Bersambung terus daripada musim ke-4 anime Demon Slayer, Infinity Castle terus tanpa meleret membawa penonton ke istana iblis yang penuh dimensi dan mengelirukan. Di istana ini,Upper Rank demons menanti Tanjiro dan para hashira daripada membunuh ketua mereka, Muzan yang cedera parah di episod terakhir musim ke-4.

Filem Animasi Nombor 1 Di Jepun

Selepas 25 hari ditayangkan di Jepun, Demon Slayer: Infinity Castle dikatakan telah membuat kutipan ¥22.07 bilion, bersamaan RM632 juta di Jepun sahaja! Dan ia bukan hanya hype kerana filem ini memang tersangat bagus dari segala aspek.

Fight scene yang epik dan memorable

Studio Ufotable membuktikan bila mereka buat sesuatu, mereka akan buat bersungguh-sungguh dan ia hasilnya memang memberi kepuasan yang maksima kepada penonton.

Setiap aksi digarap rapi dengan runut bunyi dan efek bunyi yang menaikkan bulu roma terutamya ketika adegan pertempuran antara Akaza vs Tanjiro & Giyu dan zenitsu vs kaigaku. Pertempuran ini diterjemahkan ke bentuk animasi dengan sangat baik dan penuh emosi.

Masa Tayangan 2 jam 30 minit!

Ya, masa tayangan filem Infinity Castle ini memang panjang. Walaupun filem ini sarat dengan aksi, terdapat juga adegan yang agak meleret dan boleh sahaja dipendekkan. Namun, mungkin kerana mahu adegan tersebut lebih diingati, mereka kekalkan pace tersebut.

Walaupun 2 jam 30 minit, rata-rata rasa dah tak sabar dan mahu filem ke-2 hadir dengan pantas!

Penantian yang menyeksakan

Siri Demon Slayer tidak tamat setakat Infinity Castle sahaja kerana arc Infinity Castle secara rasmi dibahagikan kepada tiga filem.

Untuk tempoh setakat ini, cuma filem pertama telah ditayangkan; filem ke-2 & ke-3 masih belum diumumkan tarikh rasminya tetapi dijangka keluar dalam 2026 dan mungkin 2027.

Peminat setia, wajib tonton di pawagam


Jangan mengaku anda peminat setia Demon Slayer jika tengok versi leaked di internet! Penulis jamin, setiap ringgit yang anda bayar untuk beli tiket filem ini rasa sangat berbaloi kerana visual dan efek bunyi yang sangat hebat.

Ditambah lagi jika anda tonton di IMAX, rasa seperti anda berpusing sama ketika istana itu berpusing. Memang hebat perasaan tu!

Berapa rating kami untuk filem ini? 9.5/10 kerana kami sangat terpesona dengan filem ini. Tak sabar sudah menanti filem kedua trilogi ini. Kita doakan agar Studio Ufotable dapat hasilkan keduanya dengan kadar segera.

For the time being, selamat menonton filem ini di pawagam berhampiran anda!