Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin bercadang menaikkan kadar denda kontraktor yang didapati gagal membaiki dengan sempurna sebarang kerja pengorekan jalan awam berdepan hukuman denda sehingga RM100,000 jika pindaan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 diluluskan.
Menurut beliau, undang-undang yang sedia ada dilihat tidak berkesan dan denda yang dikenakan sebelum ini sebanyak RM1,000 tidak cukup kuat untuk memberi kesedaran pada syarikat kontraktor.
Selain itu juga, YB Zuraida Kamaruddin berkata denda itu juga akan terpakai bagi kesalahan merosakkan siar kaki, jalan kaki lima, atau harta kepunyaan PBT. Nampaknya ini satu langkah bijak daripada pihak kerajaan untuk memastikan keselamatan penguna terjamin sekaligus memberi pengajaran buat para kontraktor yang terlibat.