Sudah menjadi lumrah dalam perniagaan terdapat turun dan naiknya. Walau bagaimanapun, sudah pastinya ramai peniaga yang mengharapkan perniagaan yang diusahakan terus berkembang dalam usaha mencari rezeki membantu diri sendiri serta keluarga.
Dalam pada itu, lain ceritanya dengan perniagaan yang diusahakan oleh sebuah keluarga di Kuala Lipis, Pahang ini apabila perniagaan sewaan kolam memancing yang diusahakan pada tanah pusaka ini musnah sekelip mata.
Baca Juga:
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
@king_ezany Semoga ada yg sudi membantu ummi #kolampancingtokking #fpy #fypシ #ummibangkit @Qu Putra @Man87 @johnn
Berdasarkan perkongsian Facebook Kolam Pancing Tok King, situasi yang berlaku berpunca daripada terdapat manusia yang melihat perkembangaan perniagaan keluarga mereka sehingga sanggup melakukan khianat dengan memusnahkan ikan di kolam tersebut.
Lebih menyayat hati, perniagaan yang diusahakan baru sahaja bertapak 2 tahun sebelum dilanda musibah yang melihatkan bangkai-bangkai ikan tersadai sekaligus merugikan keluarga ini yang turut terdiri daripada ibunya sendiri.
Perkongsian sayu yang dimaklum di Facebook telah meraih perhatian netizen yang telah meluahkan rasa sedih atas musibah yang berlaku. Tidak kurang juga yang mendoakan agar keluarga ini dapat kembali mencari rezeki menerusi perniagaan yang diusahakan.
Malah, terdapat netizen yang sudah memasang niat untuk ke kolam ikan ini pada hujung minggu ini sebelum terpaksa membatalkan perancangan.
Didoakan semoga keluarga ini dapat kembali bangkit dalam mengusahakan perniagaan sewaan kolam ikan sekaligus terus berkembang dengan jayanya.