Malaysia dan Singapura mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April hari ini dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.

Kesan daripada pembukaan sempadan yang diumumkan, tular pelbagai gambar dan video yang menunjukkan sebahagian rakyat Singapura berpusu-pusu masuk ke Malaysia.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Dalam satu gambar yang dimuat naik oleh media Bernama, kelihatan deretan kereta sudah mula beratur sejak tengah malam semalam sehingga mencetuskan kesesakan di Woodlands Checkpoint.

Melalui kelonggaran yang diberikan, pengembara dari kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi dibenarkan untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

Selain rakyat Singapura, terdapat juga beberapa video yang menunjukkan kehangatan suasana seolah-olah seperti hari raya di mana kebanyakan rakyat Malaysia turut mengambil peluang untuk pulang ke Malaysia setelah tersekat di negara jiran sejak wabak COVID-19 melanda dunia.

Mereka bersorak gembira sambil berjalan kaki melintasi sempadan Singapura Malaysia. Sebahagiannya pula menaiki motorsikal yang sabar menunggu sejak semalam untuk pulang ke negara asal.

Ini merupakan antara kebebasan awal yang diberikan oleh kerajaan dalam usaha peralihan daripada fasa pandemik dan endemik. Sejak negara dilanda COVID-19 pada awal tahun 2020, kebebasan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia banyak disekat bagi membendung wabak yang telah membunuh berjuta orang di seluruh dunia.

Benarkah rakyat Singapura lebih kaya berbanding rakyat Malaysia bila bersara? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Benarkah Rakyat Singapura Lebih Kaya Berbanding Rakyat Malaysia Bila Bersara?

4 Perkara Tentang Bekerja Di Singapura, Pengalaman Seorang Rakyat Malaysia

Demi Rezeki Untuk Anak Dan Keluarga, Rakyat Malaysia Jadi Gelandangan Di Singapura