Pepatah Melayu ada berkata: ‘Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali’, ini kisah seorang wanita yang terlalu baik namun akhirnya dibuang seperti sampah oleh majikannya.

Kisah ini kisah agak lama melibatkan seorang wanita Debbie Stevens. Dia adalah seorang ibu dan pekerja profesional dari Long Island. Dia juga  merupakan seorang ibu tunggal.

Kejadian berlaku ketika Debbie berusia 47 tahun pada masa itu. Dia sentiasa percaya kebaikan akan dibalas dengan kebaikan atau konsep karma.

Dia bekerja Atlantic Automotive Group (AAG), sebuah pengedar kereta besar di Long Island. Dia menikmati pekerjaan yang sangat baik.

Dia ada seorang majikan lama bernama Jackie Brucia, yang pada masa itu berumur 61 — dan Debbie mula bekerja dengannya sejak Januari 2009 dan kemudian Debbie berpindah ke tempat kerja baharunya.

Pada suatu hari, Debbie melawat tempat kerja lamanya di West Islip bersembang dengan bos lamanya. Dan di situ Jackie memberitahu tentang masalah buah pinggangnya yang semakin teruk.

Tawarkan buah pinggang

Debbie yang simpati dengan bosnya itu telah menawarkan: “Kalau jadi apa-apa, saya sedia dermakan buah pinggang saya.”
Bosnya membalas: “Entahlah, saya risau kamu terpaksa tunaikan janji itu nanti,” kata Bruce yang membayangkan bahawa dia mungkin benar benar memerlukan penderma buah pinggang.

Debbie berpindah semula ke Long Island dan ditawarkan untuk bekerja dengan West Islip sekali lagi. Dia dengan senang hati menerimanya.

Beberapa minggu kemudian Jackie memanggilnya ke pejabat. Dan menagih semula janji Debbie dahulu. Lalu Debbie tanpa keberatan menyatakan bahawa dia memang ikhlas mahu membantu.

“Ya saya sedia lakukannya kerana kerelaan saya,” kata Debbie yang benar benar kasihan dengan bosnya itu.

Pembedahan berlaku 10 Ogos 2011. Kerana bosnya berada dalam senarai giliran penerima buah pinggang menurut urutan yangg sudah disediakan.

Tidak sesuai pula

Malangnya buah pinggang Debbie bukan padanan terbaik untuk bosnya itu; namun doktor membenarkan dia menderma kepada pesakit lain di Missouri. Dan bosnya terpaksa menunggu giliran seterusnya.

Selepas pembedahan itu Debbie alami masalah: sakit kaki, gangguan pencernaan — tapi dia gagahkan diri kembali kerja dalam 4 minggu.

debbie

Berdepan pemecatan

Namun sekembalinya dia ke tempat kerja, dia telah berdepan dengan pemecatan. Alasannya, kerana dia bercuti terlalu lama.

Sedangkan niatnya bercuti sebelum ini adalah kerana mahu membantu bosnya, cuma padanan buah pinggang mereka yang tak sesuai jadi penghalang.

Debbie berjaya bertahan kerana dia ada surat sakit dan surat sokongan perubatan  yang sah. Tetapi dia mulai menerima tekanan yang kuat daripada bos dan orang kanan bosnya.

Debbie berkata: “Di selalu marah marah dan tertekan — dia jerit tanpa henti, sampai tak benarkan saya duduk di meja.

“Saya dimarahi atas hal-hal remeh, sehingga supervisor dalam pejabat saya gelar saya seorang kuat drama ketika saya kata saya masih sakit.”

Debbie kemudian dihantar ke cawangan yang jauhnya lebih 80 kilometer daripada rumahnya. Kawasan  itu tempat mundur dan bermasalah. Sehingga ramai menggelarkannya ‘Siberia’.

“Saya menjadi semakin tertekan sehingga perlu jumpa pakar psikiatrik,” kata Debbie.

Seminggu selepas dia dipindahkan ke kawasan terpencil itu, Debbie telah menerima notis pemecatan. Ini kerana Debbie diketahui telah bertemu dengan peguam untuk memperjuangkan nasibnya yang didiskriminasi.

Peguamnya, Lenard Leeds, akhirnya mewakili Debbie mahu menyaaman syarikat kerana diskriminasi — tuntutan saman yang sangat tingggi untuk pampasan gaji, mental & fizikal.

‘Dia cuma mahukan buah pinggang saya’

Dalam kenyataannya Debbi menyatakan: “Seolah-olah dia  mahukan saya bekerja kembali hanya kerana buah pinggang saya.”

Kes tersebut akhirnya dilaporkan diselesaikan di luar mahkamah. Dengan syarikat tersebut setuju untuk membayar sejumlah pampasan yang dirahsiakan jumlahnya.