Didier Deschamps mengakui dia memberikan kuasa kepada pemain menentukan sendiri beberapa pada aspek-aspek tertentu. Dia turut mengesahkan telah membatalkan larangan penggunaan telefon di bilik persalinan.
Ini kerana dia menganggap larangan seperti itu sudah tidak relevan pada masa kini. Di mana generasi hari ini menganggap telefon pintar itu sebagai sebahagian keperluan seharian mereka.
Deschamps baru-baru ini menghadapi banyak kritikan di tengah kegagalan Les Bleus di Euro 2024 dan final Liga Negara Negara Eropah tahun ini.
Walaubagaimanapun, pengurus pasukan kebangsaan Perancis itu mengakui bahawa dia telah membuat beberapa perubatan dalam peraturan dan kod etika pasukan.
Perubahan-perubahan ini termasuk membatalkan larangan penggunaan telefon di bilik persalinan dan mengurangkan taklimat pasukan daripada 45 minit kepada 10 minit sahaja.
Deschamps menjelaskan bahawa jika pemain dibenarkan menggunakan telefon mereka secara normal di bilik persalinan di peringkat kelab mereka, maka perjuangan dia untuk melarang perkara itu di kem kebangsaan dianggap sia sia.
Beliau percaya adalah lebih baik untuk pemain-pemainnya dapat berhubung dengannya pada bila-bila masa. Beliau seterusnya berkongsi bagaimana pendekatan beliau terhadap taklimat dan mesyuarat pasukan telah berubah, yang dianggap sesuai dan seiring masa.
Jika Deschamps ada perkara berkaitan dengan isu luar padang atau lebih peribadi, dia akan menghubungi pemain itu secara peribadi.
Deschamps berkata: “Saya sentiasa membenarkan pemain-pemain hak untuk melakukan kesilapan, saya memberi amaran kepada mereka. Selepas itu, saya bukannya ditugaskan di sana untuk melarang mereka.
“Jika kita ambil contoh, peraturan telefon bimbit di bilik persalinan, apa gunanya saya berjuang apabila mereka mempunyai kebebasan untuk menggunakannya di kelab?
“Ia juga membantu saya, kerana apabila mereka mempunyai masalah kesihatan di kelab, mereka membalas saya dengan segera apabila saya menghantar mesej.
“Kamu tidak boleh merampas kebebasan pemain. Kod-kod etika telah berubah. Cara saya bercakap, misalnya, kerana mereka berbeza. Saya pernah mengadakan perbincangan selama 45 minit, dan itu lama.
“Hari ini, autonomi yang saya ada dengan pemain-pemain adalah 10 minit. Jadi saya perlu terus sampai ke intipati perkara yang saya mahu sampaikann.
“Apa yang penting bagi saya adalah mengetahui, siapa pemain-pemain itu, aspek manusia, watak mereka, personaliti mereka, dan kepekaan mereka. Mereka mempunyai minat yang berbeza, selera muzik juga.”
Bercakap tentang kontraknya yang akan tamat selepas Piala Dunia 2026, Deschamps berkata: “Pada suatu masa, kita bosan dengan muka kamu sepanjang masa, itu Perancis. Saya rasa seperti saya sedang mengucapkan selamat tinggal ketika ini. Tahun terakhir, ya.
“Tentang kritikan, semua orang boleh mempunyai pendapat yang berbeza, saya tidak pernah menoleh ke belakang. Saya boleh melakukan perkara-perkara secara berbeza, ya. Adakah ia akan berjalan lebih baik? Saya mempunyai pilihan, tanggungjawab.
“Kebenaran hari ini tidak akan sama dalam sebulan. Hukuman adalah setiap tiga hari dalam bola sepak. Saya benar-benar kebal terhadap aspek luara.
“Pemain-pemain semmakin kurang sensitif. Saya tiada masalah dengan analisis. Hanya ada satu garis yang tidak boleh dilanggar; jika anda melampaui tahap sebagai manusia, maka ia kes berbeza.
“Ia tidak akan pernah menghalang saya daripada tidur dan melakukan perkara-perkara untuk kebaikan pasukan Perancis.”