Pengasas Elrah Exclusive, El Azman berkongsi detik cemas butik Elrah Exclusive terbakar semalam. Satu video yang dikongsi di platform media sosial memaparkan pihak bomba giat memadamkan memadam kebakaran sambil dibantu pekerjanya.

“Allah datangkan ujian untuk kita kuat, tangguhkan sesuatu supaya kita sabar. Allah hilangkan sesuatu supaya kita reda, Alhamdulilllah dugaan itu rezeki butik Elrah Exclusive Bangi,” tulisnya.

Baca Juga:

Rata-rata pengikut meninggalkan komen kata-kata semangat kepada El. “Orang iri hati dengan kejayaan orang lain sanggup buat apa sahaja untuk jatuhkan seseorang. Tetap bersabar El,” antara komen yang ditinggalkan pengikut El di Instagram.

Tangkap layar komen daripada netizen

Namun, ada juga netizen yang teringat tentang peristiwa gudang Elrah Exclusive terbakar di Jalan Kepong, Kuala Lumpur Januari tahun lalu.

Dalam satu rakaman litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut, seorang lelaki yang disyaki pelaku membaling sesuatu sebelum memanjat pagar dan melarikan diri.

El Azman turut menawarkan ganjaran berjumlah RM100,000 untuk individu yang berjaya menjumpai pengkhianat yang telah membakar gudang jenama tersebut.