Pengurus Itali, Gennaro Gattuso sememangnya dikenali sebagai individu yang tidak takut dengan sesiapa ketika beliau bergelar pemain profesional.

Setiap kali beraksi, terjahan keras, layangan kad dan pergaduhan sering tercetus kerana gaya permainannya yang keras dan lantang.

Baca Juga:

Pemain Israel Takut Dengan Gennaro Gattuso

Ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2026 antara Itali menentang Israel, perlawanan tersebut diwarnai dengan 9 jaringan yang mana Azzurri menang dengan keputusan 5-4.

Pergaduhan tercetus antara pemain kedua-dua pasukan yang berpunca dari pemain Israel dimana mereka mendakwa pemain Itali menghina mereka.

Gennaro Gattuso
(Photo by Attila KISBENEDEK / AFP)

“Mereka (pemain Itali) melontarkan kata-kata kesat kepada kami sepanjang perlawanan,” kata seorang pemain Israel.

Gattuso cuba menenangkan pemainnya dan kemudiannya ada seorang pemain lawan cuba ‘tunjuk kuat’ di hadapan pengurus berusia 47 tahun itu.

Bekas bintang AC Milan itu membalas dengan memanggil pemain itu sebagai bodoh dan menyuruhnya untuk diam.

Selepas insiden itu, tiada pemain Israel yang cuba mencetuskan masalah dan mereka terus masuk ke bilik persalinan.

Sebelum perlawanan, Gennaro Gattuso berkata Itali bernasib buruk apabila diundi satu kumpulan dengan Israel memandangkan apa yang sedang dialami oleh rakyat Gaza ketika ini.

“Skuad Itali tidak bernasib baik kerana diundi dalam kumpulan yang sama dengan entiti Israel, dan tiada apa yang boleh dilakukan mengenainya.

Gennaro Gattuso
Photo Vincenzo Orlando / LiveMedia / DPPI (Photo by Vincenzo Orlando / LiveMedia / DPPI via AFP)

“Pemain tiada pilihan selain turun bermain dan menyelesaikan tugasan,” katanya.

Gattuso juga berkata, beliau seorang yang cintakan keamanan , sambil menegaskan bahawa apa yang berlaku di Gaza amat menyedihkannya, terutama melihat orang awam dan kanak-kanak kehilangan nyawa.