Ukraine dianggap munafik selepas mereka mengarahkan Jordan untuk membatalkan aksi persahabatan menentang Rusia, tetapi memberi sokongan terhadap Israel.

Ukraine secara rasmi meminta JFA untuk membatalkan perlawanan persahabatan menentang Rusia, yang dijadualkan pada 4 September 2025, di Moscow.

Baca Juga:

Dalam surat rasmi yang dihantar kepada badan bola sepak serantau, Ukraine mengutuk perlawanan yang dirancang, memetik perang berterusan antara negara itu dan Rusia.

Mahmoud Al-Mardi
Mahmoud Al-Mardi. Sumber Gambar: JFA

Surat Ukraine Kepada Jordan

“Pencerobohan kejam berterusan. Rusia membunuh rakyat Ukraine setiap hari,” kata surat yang dihantar FA Ukraine.

“Mengadakan perlawanan antarabangsa dengan negara penceroboh adalah pelanggaran bukan sahaja terhadap keputusan badan-badan pentadbiran tetapi juga prinsip asas kemanusiaan, keamanan, dan penghormatan terhadap kehidupan.”

Jordan
Palestine

Surat yang dihantar telah disambut dengan kritikan tajam dan tuduhan hipokrit.

Pengulas dan pegawai bola sepak di Timur Tengah dengan pantas menunjuk kepada Kongres FIFA ke-74 yang diadakan pada Mei 2024.

Pada kongres itu, FA Jordan dan Palestin mengetuai cadangan supaya Israel digantung daripada FIFA kerana pencerobohan berterusan di Gaza.

Jordan
Pasukan Rusia. Sumber Gambar: TASS

Cadangan itu tidak mendapat sokongan banyak persekutuan Eropah, termasuk Ukraine.

Wartawan bola sepak, Uri Levy mendedahkan salah seorang dari FA Jordan memberitahu beliau bahawa badan itu tidak boleh membuat keputusan yang berat sebelah.

“Mustahil untuk mengundi menentang pengharaman Israel daripada FIFA, tetapi menuntut pembatalan perlawanan persahabatan menentang Russia, yang sudah diharamkan daripada FIFA kerana dakwaan serupa.”

“FA Ukraine menuntut kami untuk mengambil pendirian sementara mereka gagal berbuat demikian, seperti FA Eropah yang terkenal yang lain”.