Perlawanan antara Mesir dan Australia berakhir dengan drama penentuan penalti yang mencuri perhatian, bukan sahaja kerana ketenangan para pemain, tetapi juga kerana satu keputusan taktikal pantas dari staf kejurulatihan Mesir.

Ketika Australia membuat pertukaran taktikal sebelum sepakan penalti, staf Mesir bertindak segera dengan membuka semula rakaman video highlight perlawanan melibatkan Real Madrid menentang Levante — di mana penjaga gol Australia, Matt Ryan pernah beraksi ketika mewakili Levante.

Pertukaran itu mengingatkan kita ketika Van Gaal memasukkan Tim Krul untuk menggantikan Cilessen pada aksi suku akhir Piala Dunia 2014 menentang Costa Rica.

Dalam masa yang sangat terhad, analisis segera dilakukan. Staf kejurulatihan cuba mengenal pasti kecenderungan Matt Ryan dalam situasi satu lawan satu, termasuk arah lompatan dan reaksi awalnya ketika berdepan sepakan penalti.

Perlawanan suku akhir itu berlanjutan hingga masa tambahan tanpa jaringan, dan ketika Belanda semakin jelas menuju penentuan penalti, Van Gaal melakukan sesuatu yang mengejutkan dunia bola sepak.

Pada minit akhir sebelum sepakan penalti, beliau menggantikan penjaga gol utama Jasper Cillessen dengan Tim Krul — seorang penjaga gol simpanan yang jarang diturunkan tetapi mempunyai reputasi lebih baik dalam situasi penalti.

Keputusan itu bukan sekadar perubahan biasa. Krul dimasukkan khusus untuk menghadapi penalti, dan ia sudah dirancang lebih awal oleh Van Gaal bersama staf analisisnya.

Hasilnya, Krul tampil sebagai wira. Dengan keyakinan tinggi dan “mind games” terhadap penendang Costa Rica, beliau berjaya menafikan dua sepakan penalti, manakala Belanda menyempurnakan semua sepakan mereka.

Belanda menang 4-3 dalam penentuan penalti, dan keputusan Van Gaal itu terus dianggap antara “tactical masterstroke” paling berani dalam sejarah Piala Dunia

Perkara yang sama juga pernah dilakukan Australia ketika play off Piala Dunia 2022. Di mana mereka menggantikan penjaga gol utama, Matt Ryan dengan Redymane. Dan ianya membuahkan hasil.

Kali ini giliran Matt Ryan masuk sebagai pemain gantian menggantikan penjaga gol yang cemerlang sepanjang malam, Patrick Beach.

Perhatian terhadap setiap butiran

Ketika staf kejurulatihan Mesir melihat pertukaran bercorak taktikal untuk menghadapi penentuan penalti itu, mereka tidak ambil mudah.

Mereka ada masa beberapa minit untuk melakukan apa sahaja analisis untuk mendapatkan sebanyak mana informasi tentang kecenderungan Matt Ryan dalam berdepan sepakan penalti.

Lalu mereka membuka rangkuman perlawanan antara Real Madrid dan Levante.

Segala maklumat yang sempat mereka catit, kemudian disampaikan kepada para pemain Mesir sebelum sepakan bermula.

Ini kerana mereka sudah berlatih sepakan penalti dengan menjangkakan bahawa Patrick Beach yang akan berada di gawang.

Berlaku perubahan yang dianggap boleh memberikan impak kepada perancangan penalti pemain mereka. Maka staf kejurulatihan melakukan tugasan mereka sesuai dengan skop kerja, dan kenapa mereka dibayar mahal.

Hasilnya, Mesir tampil dengan disiplin tinggi dalam sepakan penalti. Walaupun Matt Ryan beberapa kali meneka arah yang tepat, kualiti sepakan pemain Mesir terbukti lebih klinikal.

Kesemua tugasan penalti Mesir disempurnakan dengan baik, sebelum mereka mengesahkan kemenangan 4-2 dalam penentuan tersebut.

Aksi ini menjadi contoh bagaimana penggunaan data dan video analisis segera boleh memberi kelebihan kecil yang akhirnya membawa impak besar dalam perlawanan berintensiti tinggi.