Ada satu kisah yang berlaku di Brazil, dianggap sebagai luar biasa. Di mana, seorang wanita berusia 19 tahun melahirkan bayi kembar, tetapi dengan dua bapa berbeza.

Ianya seperti macam dalam skrip drama, namun sebenarnya 2 bayi tersebut disahkan memiliki 2 DNA berbeza pada mereka.

Fenomena ini sebenarnya ada istilah sains: heteropaternal superfecundation — ia berlaku apabila seorang wanita melepaskan dua telur dalam waktu subur, dan kedua-duanya disenyawakan oleh sperma daripada dua lelaki berbeza dalam tempoh masa yang hampir sama.

Akibatnya, dua bayi lahir sebagai kembar, tetapi hanya berkongsi ibu — dan mempunyai bapa yang berlainan.

Menurut laporan media Brazil, wanita ini awalnya hanya membuat ujian DNA untuk seorang lelaki yang merupakan teman lelakinya.

Keputusan menunjukkan hanya seorang daripada anak kembar itu sepadan.

kembar
Foto: AI

Pelik dan panik, dia buat ujian DNA untuk lelaki lain — dan hasilnya, anak yang kedua juga padan, tapi dengan bapa yang berbeza.

Teman lelakinya agak terkejut kerana ternyata ada lelaki lain turut berhak ke atas bayi tersebut.

Pakar perubatan Brazil, Tulio Jorge Franco, mengesahkan bahawa kes ini sangat jarang berlaku, tetapi bukan mustahil.

Malah, kes seumpama ini telah direkodkan beberapa kali di dunia — tetapi sangat jarang sehingga dianggap “satu dalam sejuta”.

Apa yang menarik — kedua-dua bayi ini tetap dianggap kembar kerana lahir pada hari yang sama, dari rahim yang sama, cuma… ayah mereka tak sama.