Situasi tegang di wilayah Gaza semakin meningkat dengan serangan terbaharu oleh Israel ke atas Bandar Rafah.

Serangan tersebut telah menimbulkan kecaman hebat dari masyarakat antarabangsa dan pihak-pihak berkepentingan di seluruh dunia.

Baca Juga:

Pada 7 Oktober, Israel memulakan pencerobohan kejam di Gaza, mengakibatkan lebih dari 28,340 rakyat Palestin tewas.

Salah satu tindakan kontroversi yang dilakukan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu adalah rancangan untuk melancarkan serangan darat ke wilayah selatan.

Bandar Rafah, terletak di wilayah paling selatan Semenanjung Gaza, merupakan kunci akses bagi bantuan kemanusiaan dan satu-satunya titik sempadan antara Gaza ke Mesir.

Rafah Palestin adalah 64 km persegi (25 batu persegi) dan semasa Israel menyerang Gaza empat bulan yang lalu, kebanyakan rakyat Palestin telah dipaksa pindah ke sana oleh Israel yang menjanjikan ‘keselamatan di selatan’

Difahamkan kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin kini tinggal di Rafah.

Kebanyakan mereka tinggal di dalam satu ruang yang padat dan terhad sambil Israel terus menerus melancarkan serangan pembunuhan beramai-ramai.

Netanyahu menegaskan bahawa serangan ke Bandar Rafah bertujuan untuk menghancurkan tentera Hamas, tetapi banyak pihak yang mempersoalkan motif sebenar mereka di sebalik serangan tersebut.

Kritikan terhadap tindakan Israel datang dari berbagai pihak termasuk Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, negara-negara Arab, Amerika Syarikat, dan negara Barat yang lain.

Tindakan kekerasan ini menimbulkan kebimbangan besar akan nasib penduduk Gaza, terutama mereka yang tinggal di Bandar Rafah.

Sumber