Dalam satu sesi interview, Bella Astillah tampil memberikan penjelasan mengenai hantaran di Instagram yang dimuat naik olehnya baru-baru ini yang menyindir wanita gemar ‘mencuba’ suami orang.

Menurut Bella, dia mengakui bahawa entri terbabit ditujukan untuk seorang pelakon wanita yang sedang bergandingan dengan Aliff dalam sebuah drama. Tambahnya, pelakon tersebut telah missed call suaminya sebanyak 7 hingga 8 kali pada waktu pagi.

Artikel Berkaitan:

@xtra_my

Alamak. Pelakon wanita mana yang cuba nak try Aliff Aziz ni? 😠 Berani mati call suami orang sampai 7, 8 kali, siap mengaku suka suami orang 🥵 Jom dengar cerita Bella Astillah. #fyp #xtramy #familiduotv3 #bellaastillah #aliffaziz #komen #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Lebih tidak sangka apabila pelakon wanita tersebut mengakui tersuka Aliff tanpa sengaja dan turut hubungi Bella untuk berkawan dengannya.

“Dia minta maaf dan dia kata dia bodoh serta tersuka suami saya. Dia whatsap saya kata nak jadi kawan saya. Saya kata no..Saya risau kerana ramai yang berani memberitahu ya..Saya rasa oh sungguh kecilnya aku yang orang kata tidak hormat..” ujar Bella.

Bella turut berkata dia dan Aliff sudah berbincang mengenai masalah tersebut. Malah, Aliff bersetuju untuk tidak berlakon dengan pelakon wanita itu selepas ini.