Sejak berlakunya gerakan Black Lives Matter di beberapa wilayah besar di seluruh dunia, beberapa kejadian di mana patung penjajah atau pedagang hamba dihancurkan oleh para demostran. Kini nampaknya gerakan itu sudah tiba di Malaysia.

Melalui satu perkongsian yang dilakukan oleh pemilik akaun Twitter dengan nama @AntifaM3, sebuah patung pengasas petempatan British di Pulau Pinang dan juga pengasas bandar George Town pada tahun 1786, Francis Light, telah disimbah dengan cat merah.

Kejadian ke atas patung yang menjadi salah satu mercu tanda bersejarah Pulau Pinang yang terletak di Fort Cornwallis, George Town telah mendapat reaksi dan ciapan balas lebih daripada 900 kali.

Tetapi ia agak meragukan kerana akaun Twitter yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut baru dibuat dalam masa tidak sampai sebulan. @AntifaM3 juga telah bertindak menanda beberapa akaun Twitter yang lain seperti The Star, Malay Mail, Fahmi Reza, ahli politik dan juga pelawak Dr Jason Leong.

Tetapi melihat kepada perkongsian yang dibuat oleh The Star dan temuramah mereka bersama-sama dengan Ketua Polis Daerah OCPD George Town Soffian Santong, di mana dia mengakui telah menerima laporan polis mengenai aktiviti vandalisme ini semalam.

“Kami menerima laporan mengenai patung itu dirosak dan disimbah dengan cat merah. Polis sedang menyiasat kes itu, yang telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan, ”katanya.

Ciapan ini juga telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai, ada yang menyokong dengan mengatakan bahawa Francis Light adalah tokoh yang tamak dan bertanggungjawab menipu orang pemerintah Melayu.

https://twitter.com/IH54N_/status/1278580995646615553

https://twitter.com/1Obefiend/status/1278319993071919105

Ada pula beberapa netizen yang menyatakan bahawa kelakuan ini tidak lebih kepada aktiviti vandalism dan ia sepatutnya tidak berlaku di negara ini.

Patung itu didirikan pada tahun 1936, bagi memperingati ulang tahun ke-150 penubuhan George Town.

Patung ini dahulu diletakkan di hadapan Muzium Pulau Pinang selama 38 tahun tetapi pada tahun 2003, patung ini dipindahkan semula ke tempat asalnya di Fort Cornwallis.

Untuk rekod, beberapa media antarabangsa melaporkan bahawa penunjuk perasaan yang mendokong gerakan Black Lives Matter di Amerika Syarikat telah menuntut beberapa patung dari tokoh yang reputasi mereka dibina melalui sistem penghambaan orang kulit hitam diturunkan.

Terdahulu, bandar Minnesota telah bertukar menjadi medan perang sejak kematian George Floyd, klik pautan di bawah untuk membaca.

Ibarat Filem The Purge, Minnesota Kini Tidak Terkawal Dan Bertukar ‘Medan Perang’ Kerana George Floyd

Tidak Sampai Seminit RM368,000 Lesap, Butik Louis Vuitton Dirompak Semasa Demo George Floyd

Kaki Judi Sokong Dwayne ‘The Rock’ Johnson Untuk Jawatan Presiden Amerika Syarikat