Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri dan setiap tahun, banyak iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar.

Bagi iklan pada tahun ini, RHB Group tampil dengan iklan ‘Lembaran Baru’ dimana ia diadaptasi daripada kisah benar iaitu memaparkan seorang peguam membantu seorang wanita yang ditangkap kerana mencuri kotak pensel.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam iklan itu, wanita tersebut menceritakan dirinya terpaksa mencuri kotak pensel kerana mahu menghadiahkan kepada anaknya.

Disebabkan kasihan, maka peguam itu membantunya dan wanita terbabit tidak dijatuhkan hukuman penjara. Beberapa tahun kemudian, peguam tersebut telah didatangi oleh anak kepada wanita itu mengucapkan terima kasih dan berpelukan di akhir video.

Iklan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun apabila RHB Group mengadaptasi kisah benar yang pernah tular ini.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa mereka berasa sedih dan terharu melihat iklan terbabit.