Pada hari semalam tular satu klip video dashcam memaparkan seorang lelaki tidak memakai baju mengasari seorang penunggang motosikal selepas terlibat kemalangan.

Sehubungan dengan itu, polis sedang mengesan penunggang motosikal tersebut dalam kejadian di Cheras Perdana yang disyaki berlaku jam 11.25 pagi Jumaat lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Seorang lelaki tanpa memakai baju menunggang sebuah motosikal melalui jalan utama itu gagal mengawal kenderaan lalu melanggar motosikal yang keluar dari simpang.

“Lelaki tanpa memakai baju itu terus bertindak memukul penunggang motosikal berkenaan dengan menggunakan tangan dan kaki.

“Sehingga kini, kita masih belum menerima apa-apa laporan berhubung kemalangan atau kejadian pukul tersebut daripada pihak terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Tambah beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 279 dan 323 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi balai berhampiran atau pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.