Pada sesiapa yang mengikuti perjalanan filem aksi kereta lumba box office dunia, sudah pasti anda pernah melihat kereta Toyota Supra ini di dalam dua filem pertama dalam sekuel Fast and Furious.
Baru-baru ini Toyota Supra MK4 berwarna ‘Candy Orange’ yang pernah digunakan oleh mendiang Paul Walker telah terjual pada harga USD550,000 (RM2.2 juta) dalam satu acara lelongan yang dianjurkan oleh Barrett Jackson.
Menurut penganjur acara lelongan tersebut, kereta ini telah digunakan beberapa kali untuk penggambaran filem The Fast and the Furious pada tahun 2001 dan 2 Fast 2 Furious pada dua tahun kemudian.
Toyota Supra ini telah dibina oleh Eddie Paul di The Shark Shop di El Segundo, California. Ia menggunakan enjin 3.0-liter twin-turbo 2JZ-GTE, rekaan grafik ‘Nuclear Gladiator’ oleh Troy Lee Designs, body kit Bomex, APR racing wing, tayar 19-inci Racing Hart M5, dan stereng jenama Momo.
Bagi melancarkan proses pengambaran dua filem pertama sekuel ini, kereta sport yang pernah dipandu oleh Paul Walker telah ditambah shifter knob transmisi automatik 4-kelajuan.
Kereta yang terjual pada harga USD550,000 (RM2.2 juta) telah dinobatkan sebagai Toyota Supra yang termahal di dunia dan model kereta ini telah dijual dengan dokumentasi pengesahan rasmi ketulenannya.
Anda boleh tonton detik-detik bersejarah ini melalui video yang kami kongsikan di atas. Siapa sangka sebuah kereta JDM boleh terjual mencecah jutaan ringgit.
Sementara itu seorang pemilik Nissan Skyline R34 di Malaysia mahu menjual keretanya yang seakan model milik Paul Walker pada harga RM750,000.
Persis Model Paul Walker, Pemilik Skyline R34 Ini Mahu Menjualnya Pada Harga RM750,000
Nissan Skyline R34 GT-R, Legenda JDM Yang Semakin ‘Mahal’ Walaupun Cecah Usia 20 Tahun