Tular klip video rakaman dashcam memaparkan sebuah Toyota Supra berwarna merah dipandu secara melulu dan berbahaya di kawasan Taman Sri Gombak.
Video tersebut dirakam pada hari ini 2 November, jam 4 petang oleh salah sebuah kenderaan yang berada di tempat kejadian.
Baca Juga:
- Eksklusif: ‘Close Up’ Bahagian Dalam Toyota Supra Hijau Atas Bangunan Di Johor

- Eksklusif: ‘Close Up’ Toyota Supra Hijau Atas Bangunan Di Johor

- Pemandu Honda Civic Buat Lori ‘Panas’, Toyota Supra Jadi Mangsa

Semasa kejadian itu berlaku pemandu kereta sport terbabit dilihat ‘mencucuk’ bahagian belakang kereta dashcam.
Kemudian pemandu bertindak memecut dan memotong dengan laju walaupun keadaan kawasan yang sempit.
Apabila berada di persimpangan jalan, ada sebuah Nissan X-Trail masuk ke simpang kanan jalan.
Sementara Toyota Supra terbabit terus meluru terjunam masuk ke dalam longkang berhampiran.
Menurut salah salah seorang saksi di tempat kejadian, pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Orang ramai mengerumini lokasi kejadian sehinggalah kereta tersebut ditarik keluar dari longkang tadi.