Terdahulu, isteri kepada Mawi, Ekin telah memuat naik hantaran di media sosial dimana meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj melampau berjumlah RM1,260 di sebuah kedai makan di Johor Bharu.

Dalam satu perkongsiannya di Instastory, Ekin menjelaskan dia tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan kedai terbabit. Sebaliknya, tujuannya berkongsi adalah untuk mendapatkan respon netizen.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambahnya, dia berharap para peniaga makanan di luar sana agar bersifat lebih tulus dalam perniagaan yang diusahakan. Katanya lagi, tidak semua kedai makanan di kawasan itu cekik darah tapi sebaliknya ia adalah kejadian pertama kali disebabkan tidak mempunyai pilihan pada ketika itu.

Susulan itu, pemilik kedai makan yang dituduh mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut bagi kira-kira 20 anggota keluarga selebriti tersebut tampil membuat penjelasan berhubung isu terbabit.

Menerusi video yang dimuat naik, pemilik kedai makan berkenaan turut memperincikan setiap caj yang dikenakan dan menu makanan laut yang dipesan Ekin serta keluarganya adalah seperti pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam cili dan siput gonggong.

Malah, wanita tersebut bersedia bertemu dengan pasangan selebriti itu sekiranya Mawi dan Ekin masih belum jelas dengan harga yang dikenakan.