Sebelum ini, pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA dilaporkan terkena sihir buatan orang gara-gara mempunyai mulut yang lantang.
Terbaharu, Azwan Ali telah memuat naik sebuah video di laman X memaparkan dirinya sedang menjalani rawatan akibat terkena sihir dan rawatan tersebut dilakukan oleh seorang individu dipercayai perawat Islam.
Baca Juga:
- ‘Sejuk Hati Dengar’ – Netizen ‘Tersentuh’ Lihat Azwan Ali Baca Surah Al-Fatihah
- Reaksi Azwan Ali Kena ‘Friendzone’ Secara Live Buat Netizen Terhibur
- Lebih 10 Tahun Menyepi, ‘Comeback’ Azwan Ali Dengan Imej Serba Baru Terima Pujian Netizen
ALHAMDULILLAH! DIVA AA PULIH DR SIHIR ! CUMA ON GOING RECOVERING ! TQQQ 4 ALL DOA ! NO WORRIES! 👍👍👍👍👍 pic.twitter.com/GWcVlpf4CN
— Diva AA (@DivaAATersohor) August 29, 2023
Menerusi video terbabit, dia dilihat menahan sakit tanpa mengeluarkan suara ketika ayat suci dibacakan sambil dadanya ditekan beberapa kali.
Dalam ciapan itu, dia turut memanjatkan rasa syukur dan memaklumkan mendapatkan rawatan akibat sihir tersebut dan kini dalam proses penyembuhan.